Mana Satu Yang Betul ? : Amin, Aamin, Amiin, Aamiin atau Amien?

Nah, ini satu perkongsian ringkas tentang amalam seharian kita.  Ya hari-hari kita buat.

Mana yang Benar di antara:-

Amin, Aamin, Amiin, Aamiin atau Amien?

BANYAK orang yang salah dalam penulisan kata ini.

Ada yang menulis amin, aamin, amiin, atau mungkin amien.

Kebetulan saya (Uts. Yusuf Mansur-red) pernah mendengar tausiyahnya Ustadz Arifin Ilham yang membahas tentang ini.

Berikut saya bagikan ilmunya untuk anda.

Dalam Bahasa Arab, ada 4 perbezaan kata ini, iaitu:

1. Amin (alif dan mim pendek) ertinya: aman, tenteram.

2. Aamin (alif panjang dan mim pendek) ertinya: meminta perlindungan keamanan.

3. Amiin (alif pendek dan mim panjang) ertinya: jujur terpercaya

4. Aamiin (alif dan mim panjang) artinya: Ya Allah kabulkanlah do’aku.

5. Bagaimana dengan Amien?
Seboleh mungkin hindari atau jangan pernah menulis dengan perkataan amien.
Kerana perkataan amien di ucapkan oleh penyembah berhala.

Jadi, penulisan yang betul adalah Aamiin (ya Allah kabulkanlah doa’ku)

👍👍👍
TANPA ILMU PASTI LAYU
TANPA TARBIAH PASTI REBAH


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*