UPDATE!!! Uji Rashid Terduduk Lepas Baca Berita – Menyedihkan Bila Pelakon Veteran Uji Rashid Dihalau Dari Rumah Sewanya Kerana Tidak Mampu Membayar Duit Sewa Bulanan Mendapat Perhatian Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan!!!…

PENYANYI dan pelakon popular era1970an, Uji Rashid dikatakan kesal berikutan tersebarnya berita tidak tepat tentang dirinya yang dikatakan diusir dari kediamannya sekarang sehingga terpaksa memohon untuk tinggal di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Berita yang tular sejak Rabu lalu itu telah membuatkan Uji menanggung malu untuk berhadapan dengan orang ramai akibat pandangan serong yang dilemparkan kepadanya.

Menurut pengurus Uji, Kit Rushuhaimin yang dipetik daripada sebuah portal berkata, penyanyi yang popular dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu mengadu tidak tahu bagaimana hendak berhadapan dengan persepsi masyarakat terhadapnya selepas berita itu tersebar.

“Dia terduduk  selepas membaca berita tentang itu dan mengadu pada saya bahawa dia benar-benar malu untuk keluar berhadapan dengan orang ramai,” katanya.

Tambah Kit lagi, Uji juga kini berada dalam keadaan tertekan apabila dihubungi pelbagai pihak yang bertanyakan tentang perkara tersebut.

BACA: ‘Uji Rashid tak kena halau!’ – Wakil keluarga tampil beri penjelasan sebenar

Difahamkan Uji memohon bantuan PPR bukan kerana diusir daripada kediamannya, tetapi sekadar alternatif untuk mengurangkan beban mereka sekeluarga yang kini menyewa di sebuah rumah di Ampang.

Apatah lagi semenjak setahun lalu, penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang ini turut menyara cucu dan anak lelakinya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico yang sakit.

INI PULA KISAH YANG TULAR BARU-BARU INI

KUALA LUMPUR – Penyanyi veteran, Uji Rashid telah diarahkan mengosongkan rumahnya di Taman Dagang, Ampang di sini dipercayai kerana gagal membayar sewa.

Berita sedih itu dikongsi oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar menerusi akaun Instagramnya apabila penyanyi itu bersama anaknya, Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau Cico, 39, dan cucunya hadir ke pejabat kementerian berkenaan bagi meminta bantuan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Tambah Noh, disebabkan permohonan Uji Rashid menepati syarat, maka beliau telah memberi kelulusan khas untuk penyanyi itu dan keluarganya mendiami rumah berkenaan.

“Beliau (Uji Rashid) ada memohon rumah PPR sebelum ini dan saya diberi maklum beliau akan diusir dari rumah sewa di Ampang dalam masa terdekat atas sebab yang sangat menyedihkan.

“Memandangkan permohonan menepati syarat, saya beri kelulusan khas untuk beliau dan keluarga dapat mendiami PPR dengan segera.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sinar baru dalam kehidupan Uji Rashid sekeluarga,” katanya seperti dikongsi dalam Instagram miliknya kelmarin.

Uji atau nama sebenarnya Fuziah Haroun Al Rashid yang popular pada sekitar tahun 1970-an sehingga 1980-an merupakan ibu tunggal dan pendapatan beliau bergantung sepenuhnya kepada kerjaya seninya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih…


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *