HEBAT !!! Digelar Artis Kelas ‘A’ : Fattah Amin Antara Pelakon Malaysia Yang Terima Bayaran Termahal

Kritikan yang diterima Fattah Amin menjadikan rezekinya bertambah murah.

KETIKA netizen masih masih melabelkan Fattah Amin sebagai ‘pelakon kayu’, aktor itu sebenarnya antara artis termahal menerima bayaran.Perkara itu disahkan sendiri oleh pengarah Michael Ang selain meletakkan Fattah sebagai artis gred A.

Micheal membuat kenyataan itu semasa menjawab soalan netizen yang ingin tahu antara senarai artis paling mahal di Malaysia dari sudut pandangan pengarah tersohor itu.

Selain Fattah beberapa nama pelakon senior lain termasuk dalam kategori itu antaranya Erra Fazira dan Aaron Aziz serta Janna Nick.

“Artis paling mahal? Banyak je artis mahal… Aaron mahal, Fattah mahal, Janna Nick mahal, Erra Fazira mahal.

“Semua artis-artis A tu mahal laa… kalau tak mahal, taklah A dia orang…” antara yang dikongsi Michael menerusi video berdurasi 16 saat itu.

Sejak mencipta nama dalam lapangan lakonan menerusi drama Suri Hati Mr Pilot, Fattah mula dikecam netizen sehingga ada yang mula melabelkan dirinya sebagai ‘pelakon kayu’.

Micheal Ang bersama Fattah Amin di dalam satu majlis penganugerahan.

Foto: Instagram @michaelang38

Bagaimanapun, kritikan tersebut dilihat tidak sedikit pun mematahkan semangat bekas Juara Pertandingan Hero Remaja 20011/ 2012 sehingga dirinya pernah dinobatkan Bintang Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 30.

Kayu ke tak kayu, yang penting Fattah dalam kategori artis yang di bayar mahal… Masyuk!!

 

-mstar online


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *