JOM JIMAT !!! Dengan Tips Ini Anda Akan Belanja Kurang RM30.00 Sebulan Untuk Bayaran Telefon Termasuk Data 10GB Dan Buat Panggilan Murah.

(Artikel ini tiada kaitan dengan keutungan daripada mana-manal telco, sekadar perkongsian)

Adakah anda terbeban dengan caj telco yang tinggi ? atau sedang mencari telco yang sesuai untuk kegunaan seharian diri sendiri, anak-anak mahupun ahli keluarga ?

Ya, kali ini kami kongsikan cara yang mungkin anda boleh cuba bagi menjimatkan perbelanjaan telco anda dan ahli keluarga anda.  Ini hanyalah pendapat peribadi sahaja dan anda berhak memilih mengikut kesesuaian budget bulanan anda.

Baiklah, kebanyakan orang mempunyai telefon bimbit yang mempunyai 2 sim atau mempunyai lebih dari 1 gadget.  Jadi anda boleh melanggan pek berikut :

1. Prepaid : Tunetalk Vibe DP200 (SIM 1 / Gadget 1) – Jadikan HotSpot jika perlu

Rujukan : klik sini

Nah, dengan hanya RM200 untuk 12 bulan, atau RM16.67 sahaja anda akan mendapat 10GB Internet Berkelajuan Tinggi setiap bulan.  Tidak perlu fikir lagi untuk “topup” atau beli data kerana dengan bayaran tadi, anda hanya perlu menghabiskan data yang dibeli setiap bulan. Jimat kan ? !!

2. Prepaid : XOX / Onexox (SIM 2/ Gadget 2) – Untuk Panggilan Sahaja

Rujukan : klik sini

Tadi kami telah kongsikan cara mendapat internet serendah RM16.67 sebulan, kini satu lagi talian anda letakkan pula talian XOX/Onexox.  Bukan sahaja anda akan dapat validity selama 24 bulan, tetapi dengan promosi Happy Hour, anda boleh jimat dengan membeli masa (333 Minit) bercakap serendah RM30.00 sahaja atau bersama 0.09 sen/seminit. Tiada lagi komitmen untuk topup setiap bulan dan hanya perlu beli minit Happyhour jika perlu.

Nah ! Dengan belanja Data 10GB sebanyak RM16.66 sebulan dan belanja minit jika perlu, kami yakin bahawa anda boleh berjimat setiap bulan ! Jika anda ada sebarang pertanyaan dan ingin bertanya, boleh hubungi penulis untuk berkongsi di sini ya …

Selamat mencuba …

Like & Share Ya ! – beritadinding.blog

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *