MANUSIA PELIK !!! Suku kaum ini makan daging manusia dan hidup terasing. Masih Adakah Lagi Amalan Sebegini Pada Zaman Moden Yang Serba Canggih Hari Ini ?

Di sebalik ketebalan hutan rimba Papua Barat, Indonesia, terdapat sekumpulan masyarakat orang asli yang tinggal di situ yang dikenali sebagai suku kaum Korowai. Suku orang asli Korowai dikatakan antara penduduk muka bumi yang menjalani kehidupan paling terasing. Malah, dipercayai hubungan pertama mereka dengan dunia luar hanya berlaku sekitar 1970-an.

Suku kaum Korowai dipercayai ditemui pertama kali pada tahun 1974 oleh sekumpulan pakar sains dari barat yang tersesat masuk ke kawasan penempatan suku kaum tersebut semasa meneroka wilayah baharu.

Pakar sains sempat memerhati peradaban sosial asas dan interaksi suku kaum tersebut termasuk kemahiran mereka menghidupkan api.

Satu lagi pertemuan antara suku Korowai dengan dunia luar berlaku pada 2006 apabila Paul Rafaelle, seorang pemandu pelancong merangkap wartawan, berhubung dengan suku itu.

Menerusi sebuah artikel keluaran Smithsonia yang ditulis Rafaelle, dia memberitahu, “Suku Korowai dipercayai adalah segelintir orang asli yang masih memakan daging manusia sehingga hari ini.”