Makin Besar , Makin Iras Sindrom Down ‘ Mulut Puaka Netizen Memenuhi Ruangan Komen Gambar Hari Lahir Lara Alana !! Macamlah Dorang Perfect Sangat Nak Mengata Orang !!

Pada 22 Julai yang lalu , maka genaplah usia Lara Alana anak kepada Scha dan Awal yang ke – 3 tahun

Menerusi laman facebook Rotikaya , ada memuatnaik sekeping gambar semasa majlis sambutan hari lahir berlangsung dengan caption ” Selamat Hari Jadi Lara “

Namun gambar ucapan birthday itu telah dicemari dengan kutukan dari pengguna media sosial.
Akaun facebbok Inna Rose telah menulis satu komen yang boleh dikategorikan sebagai sangat sensetif dan tidak mempunyai perasaaan .

Ini tulisnya:
Makin besar budak ni makin ada iras budak sydrome down. Rupa sama je..tapi budak gini memang anak syurga. Bertuah la ibu bapanya.

Komen tersebut menjadi perhatian netizen seterusnya berlakulah kecam mengecam . Memang teruk Inna Rose dikecam dan dilabel sebagai biadap dan mulut longkang .

Ramai berpendapat akaun Inaa Rose itu sengaja diwujudkan bagi mewujudkan provokasi di dalam media seterusnya menjadi suatu berita viral .
Lara alana so cute and comel lah . Shes normal person !!!

Di status berkenaan , inaa Rose dinasihatkan supaya tidak menghina ciptaan Tuhan dan segeralah insaf

Selain itu juga, Tak Comel Mana Pun, Macam-Macam Dapat’ Respon Sinis Awal Ashaari & Scha Alyahya Bila Anak Dikritik ‘Tak Comel’

Selain daripada Yusuf Iskandar dan Aishah Dhia Rana, anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya merupakan salah seorang kanak-kanak yang mempunyai ramai peminat di Malaysia. Telatahnya yang lucu dan comel itu membuatkan ramai yang geram! Dahla comel bijak pula tu

Dek kerana kecomelannya itu, banyak jenama menawarkan Lara menjadi duta produk mereka. Kalau korang perasan di kaca televisyen, mesti ada je iklan daripada Lara ni kan. Namun, lumrah sebagai seorang selebriti, ada sahaja kecaman yang dilemparkan kepada mereka sampaikan Lara yang kecil ni pun kena. Ish tak patut betul!

Menerusi laman Instagram Lara Alana yang dikendalikan ibu bapanya ini, mereka memuat naik hadiah yang diterima Lara Alana daripada Johnsons Baby Malaysia. Bersempena meraikan jenama itu yang ke 125 tahun, Lara menerima hamper beserta belon yang cantik. Tengokla Lara tu! Kemain happy lagi dia dapat surprise kan.

Namun di ruangan komen, respon individu ini telah mendapat perhatian orang ramai. Katanya, untunglah jadi anak artis tak comel pun tapi macam-macam dapat.

Komen tersebut mendapat perhatian netizen termasuklah ibu bapa Lara Alana sendiri. Yelah siapa yang tidak marah atau sedih jika kanak-kanak seperti Lara sudah menerima pelbagai penghinaan dari orang luar kan.

Marah dengan komen biadap tersebut, netizen bertindak mengecam individu itu pula. Katanya, tidak perlulah busuk hati dan dengki sehingga mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya.