[Gambar] Tahniah !!! Inilah Guru Terbaik Dunia Yang Menang Wang Tunai RM3.92 Juta. Guru Malaysia Juga Tercalon Dalam Top 50.

Sebelum kita membaca cerita tentang guru ini, tahniah diucapkan kepada Tahniah kepada Cikgu K.A. Razhiyah dari SK Panji, Kelantan yang telah tersenarai sebagai TOP 50 The Global Teacher Prize 2018. Rujuk Sini

[ FOTO AFP ]

Terbaik dunia dapat hadiah RM3.92 juta

Zafirakou ketika menerima Anugerah Guru Global daripada Sheikh Mohammed Rashid di Dubai, kelmarin.
Zafirakou, guru subjek seni dan tekstil di Kolej Komuniti Alperton, Brent terpilih daripada 10 finalis seluruh dunia untuk anugerah tahunan yang disertai 30,000 calon lain.

Pemerintah Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini, Sheikh Mohammed Rashid Al-maktoum dan Perdana Menteri Britain, Theresa May, antara pemimpin pertama mengucapkan tahniah kepada beliau sejurus diumumkan pemenang.

Pemerintah Emiriah Arab Bersatu (UAE) di sini, Sheikh Mohammed Rashid Al-maktoum dan Perdana Menteri Britain, Theresa May, antara pemimpin pertama mengucapkan tahniah kepada beliau sejurus diumumkan pemenang.

“Tahniah kepada Andria Zafirakou kerana memenangi Anugerah Guru Global,” kata Sheikh Mohammed menerusi Twitter selepas menyampaikan hadiah itu.

Menurut Sheikh Mohammed, perguruan adalah tugas paling mulia dan menyifatkan semua guru sebagai ‘bintang’.
Kualiti, kuat semangat

Sementara itu May dalam ucapan menerusi video ditayangkan dalam majlis gala itu berkata, seorang guru hebat perlu memiliki pelbagai kualiti termasuk kuat semangat, pintar dan baik hati.

Sementara itu May dalam ucapan menerusi video ditayangkan dalam majlis gala itu berkata, seorang guru hebat perlu memiliki pelbagai kualiti termasuk kuat semangat, pintar dan baik hati.

“Ini adalah kualiti yang anda perlu miliki untuk menjadi seorang guru yang hebat dan berkongsi dengan pelajar setiap hari. Justeru, terima kasih tidak terhingga untuk semua yang anda lakukan dan segala yang anda akan terus lakukan,” katanya.

Trofi kemenangan disampaikan juara Formula Satu, Lewis Hamilton manakala pelakon komedi Afrika Selatan, Trevor Noah dipilih sebagai pengacara majlis.  Acara penuh berprestij itu turut diserikan dengan persembahan pemenang Grammy, Jennifer Hudson yang sebelum ini memenangi anugerah Oscars menerusi lakonan mantap dalam filem Dreamgirls pada 2007.

Acara penuh berprestij itu turut diserikan dengan persembahan pemenang Grammy, Jennifer Hudson yang sebelum ini memenangi anugerah Oscars menerusi lakonan mantap dalam filem Dreamgirls pada 2007.  Brent, tempat Zafirakou mengajar, dianggap kawasan dihuni pelbagai etnik dan golongan tidak bernasib baik dengan ramai pelajarnya miskin.  Kawasan itu juga dipenuhi keganasan samseng dan beliau berdepan ‘tugas menggentarkan apabila menyertai sekolah itu,’ kata penganjur dalam kenyataan.

Beliau mencipta semula kurikulum sekolah untuk disesuaikan dengan badan pelajar terdiri daripada pelbagai etnik dan mempelajari asas 35 bahasa dituturkan pelajar untuk berkomunikasi dengan ibu bapa dan anak muridnya.  Tugas kerasnya berbaloi dan meletakkan Kolej Komuniti Alperton dalam kedudukan lima peratus teratas di England dan Wales kerana memperbaiki pencapaian pelajar.

Tugas kerasnya berbaloi dan meletakkan Kolej Komuniti Alperton dalam kedudukan lima peratus teratas di England dan Wales kerana memperbaiki pencapaian pelajar.

Ini pula senarai 10 Finalis :

Andria Zafirakou, UK

Nurten Akuuş, Turkey

Marjorie Brown, South Africa

Luis Miguel Bermudez Gutierrez, Colombia

Jesus Insilada, Philippines

Glenn Lee, USA

Diego Mahfouz Faria Lima, Brazil

Koen Timmers, Belgium

Eddie Woo, Australia

 

Barbara Zielonka, Norway


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *