Bongkar !!! Bayi No. 1 Malaysia : Akaun Palsu? Ini Adalah Instagram Rasmi Siti Aafiyah Yang Sebenar

Semalam, kami telah pun senaraikan akaun Instagram palsu yang didaftarkan atas nama anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Mohd Khalid. Hasil tinjauan kami, selang beberapa minit Siti dan keluarga mengumumkan nama anak mereka itu, terdapat puluhan akaun palsu atas nama bayi itu mula kelihatan di Instagram.

Hangat.com percaya, antara modus operandi mereka yang mewujudkan akaun ini adalah untuk meraih publisiti segera dan seterusnya menjual akaun tersebut.

Ini Adalah Instagram Siti Aafiyah

Dalam puluhan akaun yang wujud tersebut, pasti ramai yang tertanya apakah akaun rasmi ‘Si pipi merah’ itu. Terdahulu, Siti telah mengeluarkan kenyataan bahawa masih belum wujud akaun rasmi anaknya.

Namun begitu semalam, sebuah akaun yang didaftarkan atas nama @Aafiyahkhalid dipercayai buat masa ini adalah akaun rasmi bayi comel berkenaan. Menerusi perkongsian dari Mstar Online pula, akaun instagram Siti Aafiyah itu dihasilkan oleh abangnya, Asyraf.

Siti Tidak Mahu Anak Jalani Kehidupan Selebriti

Terdahulu, Siti turut meluahkan hasratnya untuk membesarkan bayinya mengikut perkembangan seperti mana dilalui kanak-kanak lain. Malah jika ada rezeki untuk anaknya itu nanti, Siti akan berbincang dengan suaminya terlebih dahulu.

“Saya tak mahu didik anak saya fokus menjadi seorang selebriti, saya nak dia hidup secara normal dan go with the flow. Kalau ada rezeki untuk dia pada masa akan datang, saya akan berbincang dengan suami dahulu, kalau suami kata tak perlu, saya tak buat”

Kami percaya, ketika ini pasti ramai yang ingin mengambil Aafiyah sebagai duta, model untuk mereka. Lihat sahaja akaun Instagramnya yang baru sehari diwujudkan sudah mencecah 100 ribu pengikut.