12 perkara menarik jika anda belajar di Tingkatan Enam. No. 11 pelajar mesti suka !

Tahukah anda bahawa terdapat banyak Kolej Tingkatan Enam di seluruh negara sekarang ? Selain daripada kolej-kolej tingkatan enam yang anda, pelajar juga boleh memilih untuk berada di sekolah-sekolah Menengah biasa yang mempunyai tingkatan enam ya !

Apakah Tingkatan Enam ?

Kolej Tingkatan Enam (Mod 1) – adalah sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas yang menempatkan hanya murid-murid Tingkatan Enam sahaja dan diajar oleh guru-guru akademik yang telah dilantik sebagai guru Tingkatan Enam.

Manakala bagi (Mod 2) – sekolah yang mempunyai sekurang-kurangnya 12 kelas, beroperasi di sekolah arus perdana tetapi di blok atau bangunan yang berasingan. Walau bagaimanapun, Pusat Mod 2 ditadbir oleh Pengetua arus perdana dengan kerjasama Penolong Kanan Tingkatan Enam.

Dan seterusnya adalah (Mod 3) – sekolah yang mempunyai kurang daripada 12 kelas atau sekolah yang jauh daripada bandar, tiada kemudahan asrama atau pengangkutan awam, dan beroperasi di sekolah arus perdana.

Tenaga Pengajar Tingkatan Enam yang sangat berpengalaman

Jadi, adakah anda sedang memikirkan untuk masuk ke Tingkatan Enam ?

Berikut adalah soalan yang sering menjadi persoalan pelajar tentang tingkatan enam.

Antaranya adalah :

#1. Adakah saya perlu memohon ?
Tidak perlu memohon. Lepasan SPM 2018 yang layak dan cukup syarat akan ditawarkan secara automatik.  Tunggu pengumuman oleh KPM

#2. Di mana saya boleh semak tawaran ?
Melalui Media Massa.  Semakan boleh dibuat melalui laman web KPM iaitu http://www.moe.gov.my. Tarikh semakan akan dimaklumkan oleh pihak KPM.

#3. Bilakah kemasukan bagi tahun 2019 ?
Biasanya akan berlaku pada awal Mei 2019, yang penting sentiasa peka dengan iklan di laman web KPM ya !

#4. Berapakah nilai unit mata layak ?
12 unit bagi Jurusan Sains Sosial dan 18 unit bagi Jurusan Sains. Cara pengiraan boleh rujuk di sini. Semak

#5. Apa Syarat AM Kemasukan ?
Lulus SPM, kepujian BM, dan berumur 17 hingga 20 tahun pada tahun semasa (2019).

#6. Saya pelajar dari sekolah agama, bagaimana saya mahu ke sekolah aliran biasa di tingkatan enam nanti ?
Pelajar yang ingin tukar aliran boleh membuat permohonan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing

#7. Saya adalah pelajar aliran Sains, bolehkah saya menukar ke aliran Sains Sosial ?
Boleh, namun bergantung kepada kelulusan JPN/PPD. Pelajar boleh memohon di tempat tawaran masing-masing selepas minggu orientasi

#8. Bilakah Tarikh Semakan Kemasukan dan Tarikh Pendaftaran bagi tahun 2019 ?
Tarikh semakan : belum buka
Tarikh pendaftaran : belum buka

* Sentiasa rujuk laman web KPM / JPN / PPD atau berhubung terus dengan Guru Bimbingan Kaunseling di sekolah lama.

Infografik Kemasukan ke Tingkatan Enam

Berikut pula adalah antara fakta menarik tentang Tingkatan Enam

1. Tempoh belajar setahun setengah, anda masuk pada bulan Mei dan akan tamat pada November tahun seterusnya.

2. Pelajar hanya mengambil 4 mata pelajaran sahaja iaitu Pengajian AM (Teras) 3 mata pelajaran (Elektif) lain yang ditawarkan.

3. Pelajar boleh memilih mana-mana kolej tingkatan enam, pusat tingkatan enam atau sekolah yang menawarkan tingkatan enam berdasarkan pakej mata pelajaran yang diinginkan.

Senarai subjek boleh rujuk terus laman web MPM. (http://www.mpm.edu.my)

Pelajar sentiasa mendapat bimbingan guru

4. Pelajar tidak terikat dengan peraturan pakaian sekolah. Boleh memakai pakaian biasa. Namun, peraturan disiplin pelajar perlu dipatuhi.

5. Belajar 3 semester seperti di universiti. Ada peperiksaan setiap semester dan kerja kursus berdasarkan subjek.

6. Malaysian University English Test (MUET) diajar dalam jadual waktu. Memberi kelebihan mendapat band yang bagus dengan bimbingan guru.

7. Yuran belajar yang murah dan tidak membebankan antara perkara yang perlu diberi perhatian untuk pelajar-pelajar yang akan menyambung pelajaran ke tingkatan enam

8. Sekiranya keputusan tidak memuaskan, pelajar boleh membuat ulangan bagi setiap subjek yang diambik untuk semester 1 dan semester 2, bagi semester 3 pelajar layak membuat semakan semula.

9. Bagi kerja kursus, bimbingan daripada guru adalah secara maksimum. Pelajar boleh mengambil peluang ini untuk mendapat gred yang tinggi.

Suasana pembelajaran yang menarik bersama-sama guru

10. Aktiviti kokurikulum yang sangat membantu untuk mendapatkan markah yang baik bagi mencerahkan peluang ke universiti.

11. Pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit dan komputer riba untuk kegunaan pembelajaran. Jadi, suasana pembelajaran tidak lagi seperti di sekolah biasa. (Bergantung juga di mana tempat anda belajar ya !)

12. Terus sambung ke peringkat ijazah selepas tamat belajar. Inilah tujuan utama ke tingkatan enam.

Walaubagaimanapun, pelajar perlu mendapat keputusan PNGK yang baik juga ya sebelum dapat menyambung belajar.

Aktiviti Kokurikulum yang membantu merit pelajar ke universiti nanti

Antara pakej mata pelajaran yang ditawarkan di Tingkatan Enam

Oleh itu, harus diingat, belajar adalah satu proses. Kemahuan dan usaha adalah menjadi asas yang penting kepada kejayaan. Dimana sekalipun anda belajar tapi jika tiada usaha, maka sukarlah ia, jika ada kemahuan dan usaha, sukar manapun bukanlah penghalang besar untuk kita menjadi orang yang berjaya !

Selamat belajar.

Jika ada soalan mengenai Tingkatan Enam, Kaunselor di Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra, 45200 Sabak Bernam, Selangor sudi membantu anda !

Hubungi :

Jaafar Ab Rahman (+6019-2644465) atau WhatsApp Sekarang
Fazlie Ahmad (+6019-4771877) atau WhatsApp Sekarang

Atau taip je di ruangan komen ya !

Sumber : FB Fazlie Ahmad


5 Comments

  1. Alhamdulillah.. Info yg sangat berguna.. Tahniah En Jaafar & En Fazli.. Teruskan promosi pendidikan Tingkatan 6. Semoga KiSTARP terus maju jaya dgn TERBILANG

  2. Kena ambil kira pelbagai faktor, kewangan, logistik, masa dan lain-lain. Yang penting bagaimana pelajar tersebut membuat perancangan. Contoh : Lepasan Diploma ambil masa 3 tahun di U, kemudian nak kerja atau nak sambung ijazah … Manakala pelajar Tingkatan Enam 1 1/2 tahun di sekolah, selepas itu terus sambung degree…

    Apapun tergantung pada usaha belajar pelajar itu sendiri dan bagaimana dia merancang untuk masa depan, sama ada sambung belajar atau bekerja

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*