Masa bantu ayah di kebun, budak solat beralaskan daun pisang buat ramai org respek

Walaupun kisah ini sudah lama, namun pengajarannya sangat besar buat kita.  Masakan seorang budak yang tidak menjadikan alasan di mana dia berada untuk menunaikan kewajipan solat 5 waktu.  Jadi, kita yang berada dalam keadaan selesa ini, haruslah lebih sempurna solat kita kan ?

Ikuti kisah ini dan kongsikan.

Moga ada manfaat buat kita semua.

Ianya berlaku di Indonesia.

Inilah gambar seorang budak solat di kebun bapanya dengan beralaskan daun pisang dan mendapat pujian ramai. Selepas wartawan buat siasatan, ini kisah sebenarnya buat ramai respek.

Kisah sebenar

Sebuah foto yang dimuat naik seorang pengguna Twitter ini menjadi viral di media sosial.  Akaun dengan nama @ana_khoz itu telah memuat naik gambar seorang budak lelaki yang sedang mendirikan solat di kebun milik bapanya.

Dalam foto tersebut, kelihatan budak lelaki itu hanya mengenakan sarung untuk menutupi tubuhnya yang tidak mengenakan pakaian. Sementara itu, dia juga dilihat hanya menggunkan daun pisang sebagai alas pengganti sejadah.

“Di tengah kesibukan membantu orang tua, dia tidak lupa akan kewajipannya untuk menjalankan ibadah solat walau hanya dengan beralaskan selembar daun pisang. Subhanallah,”  tulis @ana_khoz.

Dalam keterangan foto yang dibuat Ana, menjelaskan bahawa budak lelaki yang berasal dari Tuban, Jawa Timur itu sedang membantu orang tuanya bekerja di kebun.  Walaupun tidak memiliki ruang solat yang selesa, tapi budak tetap itu tidak lupa menunaikan solatnya.

Mendapat pujian orang ramai

Salat di Kebun Beralaskan Daun Pisang, Bocah Ini Tuai Pujian

(Solat di kebun beralaskan daun pisang, budak ini terima pujian)

Ketaatan budak lelaki itu dalam menjalankan perintah agamanya telah mendapat banyak pujian daripada orang ramai. Kebanyakan dari mereka terharu dan berharap yang budak lelaki itu dapat menjadi contoh bagi anak-anak yang lain.

“Saya yang non muslim juga merasa kagum dengan beliau, semoga anak-anak kita yang lain dapat mencontohi beliau dalam beribadah,”

komentar @N_Kuslan.

“Soleh benar anak ini. Beruntung orang tuanya mempunyai anak yang taat seperti dia,”

ujar @IbuPertiwiku.

“Jgn pertikaikan segala kekurangan (tempat ibadah) yg dia lakukan saat solat tpi lihatlah niat hatinya untuk tetap beribadah kepada Tuhannya dalam segala keadaan,”

tulis @GunRomli.

“Bererti,orng tuanya sangat luar biasa dlm mendidik anaknya, hingga anaknya merasakan bahawa solat adalah keperluan hidup yg tidak blh ditinggalkn,”

kata @ana_khoz.

Bagaimana pula pendapat anda … ?

Wallauhalam.  Semoga kisah tadi menginsafkan dan memberikan kesedaran buat kita.

Sumber 1 : Khalifah Mail Online


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*