Salute ! Selamba Jer DS Hishammuddin Ikat Kasut Pelajar Atas Pentas

Gaya bersahaja Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mengikat tali kasut seorang pelajar ketika menerima anugerah menarik perhatian netizen.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hishammuddin telah berkongsi gambar ketika berada di atas pentas bersama dengan pelajar tersebut yang bernama Muhammad Ammar Hakim.

“Tali kasut adik Muhammad Ammar Hakim, anak PW1 Mohd Azmi bin Laibi, tidak tersimpul rapi ketika ingin terima Anugerah Kecemerlangan Pendidikan tadi, jadi saya tolonglah betulkan ikatannya.

“Agaknya dia begitu berdebar hingga terlupa mengikat tali kasut dengan baik! Apa-apa pun, sekalung tahniah diucapkan kepada Muhammad Ammar yang berjaya catat 7A dalam UPSR tahun lalu! #PerkasaPerwira,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Hishammuddin memuji aksi spontan dan sikap rendah diri beliau.

“@hakimi_8055: Pemimpin yang merendahkan diri. Tahniah Datuk, bukan senang nak cari macam ni. Salute.”

“@zarinahalim: Kenape rase nak menitis air mata tengok gambar ini. Siapa pun beliau, beliau tetap seorang bapa. Hati bapa.”

“@caramelazat.tpg: Mesti adik ini akan ingat sampai bila-bila. I’m so touched with this picture.

Sementara itu jangan lupa untuk menyaksikan Astro Awani (Saluran 501) untuk mengetahui berita terkini mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sumber : gempak.com

Baca juga :

5 Pelajar Ini Buktikan Kesusahan Bukan Halangan Untuk Berjaya Dalam #SPM2017


Keputusan SPM dalam sejarah negara yang paling membanggakan adalah keputusan yang diperoleh Amalina Che Bakri yang berjaya dapat 17A.  Dan seperti biasa, pada ahun ini ada lagi yang berjaya cipta nama dengan pencapaian masing-masing walaupun terpaksa hadapi cabaran hidup tersendiri.

Maka, inilah 5 pelajar SPM 2017 yang membuktikan bahawa kesusahan bukanlah penghalang untuk berjaya.

#1 Muhammad Zharid Mad Syukri  (Anak Penjual Burger)

Anak penjual burger dari SMKA Baling ini berjaya dapat 11A.  Hebat kan ? Mak ayah pun tak sangka dia boleh dapat result macam tu sampai menangis bila diumumkan.  Bukan itu sahaja, cikgu pun tak menyangka.  Masa trial, dia cuma dapat 5A so dia pun berhempas pulas belajar dan target 7A.  Nak jadi rezeki, terus dapat 11A.

#2 Muhamad Amir Azizan (Anak Pekerja Kilang)

Bekas pelajar SMKA Al-Irsyad ini mengaku mendapat banyak bantuan daripada kawan-kawan dan kena sentiasa fokus waktu cikgu mengajar.  Anak kepada pekerja kilang ini beritahu bahawa mak ayah tak pernah memarahinya jika dia tak belajar dan dapat keputusan yang tak bagus.  Tapi, mereka selalu beri nasihat supaya jangan lalai dalam belajar.

Fuh, dalam maksudnya kan …

#3 Sufiza Majid (Anak Orang Asli)

Sufiza student dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang dapat 9A dalam SPM 2017.  Calon dari SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah ini beritahu tips belajarnya adalah tidur jam 11 malam dan bangun semula jam 5 pagi untuk study.  Inilah waktu paling sesuai untuk belajar kerana badan sudah fresh dan tak ada gangguan.  Dia juga kongsi supaya rajin bertanya guru dan ingatkan kita supaya tidak lokek ilmu.

#4 Raja Batrisya Raja Muhammad Arif (Calon Berstatus OKU)

Pelajar yang mempunyai masalah slipped disc dari SMK Pasir Gudang, Johor ini berjaya mendapat 10A dalam SPM baru-baru ini.  Dia berkongsi penderitaannya yang sukar bangun pagi sebab belakangnya yang sakit dan selalu tiba lewat di sekolah kerana masalah tersebut.  Dia juga mendapat Anugerah Pelajar Cemerlang (Kategori Kurang Upaya) tidak pernah menjadikan alasan kesakitannya itu sebagai halangan untuk belajar bersungguh-sungguh.

#5 Halimatun Saadiah Zainal (Anak Seorang Juruteknik)

Mungkin ada yang fikir anak juruteknik bukanlah kategori anak orang susah, tetapi Halimatun ini adalah seorang yang diduga dengan ibunya yang menderita sakit saraf dan beliaulah yang mengambil tugas ibunya itu.  Pelajr Sekolah Menengah Arab (JAIM) Al-Ehya Al Karim menyatakan, selain belajar bersungguh-sungguh, amalan solat sunat dan berpuasa menjadi rahsia kejayaan untuk berjaya.

Nah ! hebat kan, walaupun ada kesukaran masing-masing, mereka telah buktikan tiada apa yang boleh menghalang sekiranya mereka ingin berjaya.  Semoga info ini menjadi inspirasi buat anda.

Sumber : lobakmerah.com


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *