“Kalau nak tahu, saya pun guna boxer.” – Pengakuan Izzue Yang Bakal Jadi Artis Malaysia Pertama Jual Boxer

Sudirman Mohd Tahir
sudirman@hmetro.com.my

PENYANYI dan pelakon popular Izzue Islam bakal melancarkan pakaian dalam lelaki atau ‘boxer’menjelang Aidilfitri ini.

Izzue, 28, berkata dia memilih produk berkenaan kerana belum ada lagi mana-mana artis di negara ini tampil dengan produk seumpama itu.

“Sebelum ini saya sudah keluarkan kurta, baju Melayu dan kanta lekap. Jadi untuk tahun ini, saya ingin sesuatu yang baru. Disebabkan itu, saya terfikir untuk keluarkan boxer.

“Dalam masa sama, saya tengok belum ada lagi artis yang keluarkan produk ini. Kalau sebelum ini orang selalu beli di pusat beli-belah, tapi boxer keluaran saya boleh didapati secara dalam talian.

“Malah kalau nak tahu, saya juga pengguna boxer. Sama seperti produk lain, saya memang ingin berkongsi kepada peminat apa yang digunakan,” katanya.

Izzue yang ditemui pada Festival Gegaria 2018 yang berlangsung di Dataran Centrio, Seremban 2, Seremban, berkata pakaian dalam itu didatangkan dengan pelbagai corak dan warna.

Gambar hiasan : Boxer Lelaki

“Saya tahu ramai yang gemar pakai boxer. Apa boleh dijanjikan, boxer saya ini selesa dipakai.

“Selain corak dan warna, saya juga sediakan semua saiz. Untuk permulaan, saya akan keluarkan boxer ini secara edisi terhad dahulu. Jika dapat sambutan, baru saya keluarkan dalam kuantiti yang banyak,” katanya.

Mengenai pembabitan dalam Festival Gegaria, Izzue bakal menyanyikan empat lagu terdiri daripada Sahabat, Bimbang, Muzik Tiduranku dan single baru My City.

Lebih menarik, lagu My City berkisar negeri kelahiran Izzue iaitu Kelantan. Antaranya lokasi, makanan dan kesenian yang ada di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 April 2018 @ 4:32 PM

Sumber : hmetro


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *