Menjadi Pujian Netizen, Uncle Kuan Tawar Khidmat Van Jenazah RM1 Bantu Muslim Yang Dalam Kesusahan

Rakyat Malaysia sangat beruntung kerana hidup dinegara berbilang kaum, agama dan bangsa. Paling menarik, kita hidup di Malaysia dengan menyambut semua perayaan.

Seperti kisah Uncle Kuan, walaupun berlainan bangsa sifat murni yang ditunjukkan olehnya perlu dicontohi oleh orang ramai. Lelaki berbangsa Cina ini merupakan seorang jutawan tetapi sangat suka membantu orang susah.

Baru-baru ini, Uncle Kuan sekali lagi dipuji netizen kerana menawarkan perkhidmatan van jenazah bagi mereka yang susah dan kesempitan wang.

Kalau orang susah meninggal dunia, jangan susah hati

 

Uncle Kuan kongsikan perhidmatan van jenazah di laman Facebook miliknya untuk membantu mereka yang susah. Tiada bayaran diperlukan. Menurut Uncle Kuan, kerja paling mulia ialah menolong menguruskan jenazah.

Tawar khidmat van jenazah, ada kisah disebaliknya

Uncle Kuan turut kongsikan cerita mengapa dia terdetik mahu lakukan perkhidmatan van jenazah untuk orang susah. Katanya, bila kita bantu mereka yang susah, bila kita susah nanti ada orang akan datang membantu.

Untuk perjalanan jauh percuma & minyak ditaja

Hanya seorang seperti ini di Malaysia

Rata-rata netizen memuji sikap mulia Uncle Kuan yang sentiasa prihatin dengan kesusahan rakyat Malaysia. Ramai yang mendoakan agar segala urusan Uncle Kuan dipermudahkan.


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*