Rupa-rupanya Inilah Fungsi Butang “Soak / Tub Cleaning” Yang Boleh Buat Mesin Basuh Kita Berbau Seperti Baru. Inilah Caranya …

Selama anda menggunakan mesin basuh, pernahkah anda mencuci bahagian dalam pada mesin basuh tersebut yang penuh dengan habuk dan kotoran daripada pakaian?

Pasti ramai di antara kita tidak pernah atau tidak tahu pun cara untuk mencuci mesin basuh. Kita hanya tahu mencuci pakaian sahaja sedangkan mesin basuh juga memerlukan perhatian. Jika kotor dan berkeladak mesin basuh kita, maka pakaian kita juga tidaklah sebersih seperti yang disangkakan.

Pada 9 April lalu, Mommy Daily telah kongsikan satu tips bernas yang sehingga artikel ini ditulis, meraih 38,155 kali perkongsian di Facebook!

“Fungsi SOAK/TUB CLEANING pada mesin basuh itu bukan semata-mata hiasan. Ada gunanya iaitu untuk buat pembersihan mesin basuh”.

Kredit: Mommy Daily

Mommy Daily turut kongsikan 3 langkah mudah untuk membersihkan mesin basuh anda daripada kotoran-kotoran yang telah lama terkumpul ini:

  1. Tekan butang ON
  2. Pilih dan tekan program SOAK/TUB CLEANING. Tekan butang START
  3. Apabila air di dalam mesin sudah hampir penuh, masukkan campuran 1/4 cawan cuka bersama 3 sudu  soda bikarbonat

Kredit: Pinterest

Menurut Mommy Daily, penggunaan cuka yang bersifat asid mampu menyingkirkan segala bau kepam dan hapak di dalam mesin basuh. Campuran ini dikatakan akan membuatkan mesin basuh anda berbau seperti mesin basuh yang baharu!

“Lepas itu tutup mesin basuh dan biarkan. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah. Cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING, janganlah anda letak kain pula”.

Amalkan tips ini untuk 2 bulan sekali supaya mesin basuh anda dapat beroperasi dengan lebih baik.

“Kalau lama-lama dibiarkan, tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran terkumpul”.

Kredit: SirapLimau

Semoga perkongsian ini dapat membantu orang ramai di luar sana menjalankan rutin seharian dengan lebih lancar.

Sumber: Facebook/Mommy Daily & Era Baru


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *