“Deco Cantik Bajet Ciput” – Memang Best, Bajet Kurang RM1500.00 Dah Dapat Hias Rumah Cantik Macam Ni … Bolehlah Cuba !

Seperti yang dikongsikan oleh FB Ilham Dekorasi, kali ini diorang cerita pasal “DECO BAJET CIPUT” … Yelah … dalam keadaan sekarang, semua kena budget kan. poket kena jaga … ehhehe … okay kita baca cerita penulis ni ye …

Ni rumah abang Fatin, berek polis di Pekan, Pahang. Masa mula-mula dapat tau dia dapat pindah masuk ke berek, Fatin mintak gambar seluruh rumah tu.  Tak puas hati lagi terus video call sebab nak plan barang apa nak kena beli.  Nak datang jenguk takleh, sebab perjalanan dari Taiping ke sana amik masa 6 jam.   Jauh wehhh … 😅

Jadi dengan daya imaginasi yang jitu, Fatin terpaksa bayangkan susun atur rumah tu. Abang cakap dia nak ‘deco cantik tapi bajet ‘.

Okay , kita cuba penuhi permintaan dia.

Ini budget yang Fatin buat

Cat Kelabu : Sancora RM38.00
Langsir : Fatin jahit + Kaison
Carpet : Prima, dua carpet RM180.00
Sofa : Lazada RM450.00

IKEA :
Rak tv RM55.00, Coffee table RM29.00, Cermin RM60.00, meja makan RM299.00, rak hiasan tak sampai RM100.00, lampu RM39.00

KAISON :
Wallpaper dua roll RM40.00, gambar hiasan total +-RM35.00

Yang lain MR DIY dengan kedai ECO .

Bawak semua barang-barang ni dalam kereta. Dan projek deco dari pukul 2.00 petang sampai tengah malam.

Alhamdulillah siap !
Simple simple untuk orang bujang atau baru kahwin .

Fatin mmg minat deco-deco .
Next nak share pasal decoration opis pulak.

Inilah hasilnya …

#1

#2

#3

#4

#5

#6

#7

Okay uols , sekian saja .
feel free to share !!!

#dewyglowfounder

Kredit photo: Fatin Amierah Zabri
FB : Ilham Dekorasi


1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*