[VIDEO] Sweetnyee !!! Sekian Lama Menanggung Rindu, Netizen Terharu Tonton Video Yusuf Iskandar Yang Dah Lama Tak Jumpa Bapanya.

Setelah sebulan tidak berjumpa, pelakon dan pengacara Hanis Zalikha mengakui anak mereka, Yusuf Iskandar sangat merindui bapanya, pelakon Hairul Azreen yang terlibat dengan penggambaran filem Pasukan Khas Laut (PASKAL) di Sabah.

Terbaru, menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagram Yusof, kelihatan ibunya membawa kanak-kanak comel itu untuk berjumpa bapanya di lapangan terbang di negeri tersebut setelah sekian lama menanggung rindu.

Video berdurasi kurang seminit itu membuatkan netizen tersentuh hati yang rata-rata terharu dengan detik pertemuan antara pasangan keluarga berkenaan setelah sebulan berpisah kerana ramai tahu keakraban hubungan Yusuf dan bapanya yang sangat rapat.

Sweetnya!

Sebaknya!

Mata masuk habuk!

Menurut laporan Harian Metro, akibat terlalu rindu, Yusuf yang akan mencecah usia dua tahun pada Jun ini telah memanggil semua orang yang ditemui dengan panggilan ‘daddy’.

Hanis berkata, walaupun mereka menggunakan aplikasi ‘face time’ setiap hari ternyata ia tidak cukup untuk menghilangkan rindu Yusuf pada bapanya.

Sumber : Yusuf Iskandar & viralkami


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *