(Video) – Kanak-kanak 5 Tahun Menangis di Tahan Polis kerana Memandu “Motorsikal” Di Jalan Raya. Memang Lucu !!!

Macam-macam yang berlaku sekarang ni.  Anak kecil ini baru 5 tahun telah ditahan polis kerana memandu motorsikal di jalan raya.  Hahahah … jadi, kita sebagai ibubapa kena la hati-hati dengan anak-anak ye … jangan sampai jadi mcm ni tau :-).  Ikuti beritanya …

Video: ‘Rempit Cilik’ Kena Tahan Polis

JAWA TIMUR – Video memaparkan seorang kanak-kanak berusia 5 tahun yang dirakam selamba menunggang motosikal mini sebelum ditahan polis tersebar di media sosial.

Kanak-kanak lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Restu, 5, turut membawa rakannya yang tidak memakai topi keledar ketika ditahan di Jalan Trunojoyo, Sampang pada Rabu lalu.

Asisten komisioner Musa Bachtiar yang dipetik Tribunnews berkata, mereka ditahan selepas anggota polis yang sedang mengawal trafik  dekat sini terlihat kanak-kanak itu menunggang di tengah-tengah jalan yang sibuk.

“Agak pelik bagaimana mereka boleh menunggang di jalan yang penuh dengan kenderaan. Mereka beritahu mahu ke rumah sepupunya.

“Namun ketika pihak berkuasa mahu merampas motosikal mininya, kanak-kanak itu pula terus menangis,” katanya.

Kedua kanak-kanak itu kemudiannya dihantar pulang ke rumah keluarganya di Jalan Diponegoro.

“Kebetulan keluarga budak itu sedang mencarinya kerana biasanya dia hanya menunggang motosikal tersebut di halaman rumahnya.

“Kami telah meminta agar keluarga kanak-kanak itu mengawasinya,” ujarnya lagi.

Sementara itu, gelagat mereka yang seakan tidak mengetahui kesalahannya menunggang di bawah umur telah menerima pelbagai reaksi dan pujian dalam kalangan netizen tempatan.

Sumber : MYNEWSHUB.CC


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*