Panas !! AKHIRYA SUFIAN SENDIRI BUKA MULUT DAN DEDAHKAN APA SEBENARNYA HANTARAN YANG DIMINTA IBU ELFIRA LOY KEPADANYA

Penyanyi, Sufian Suhaimi, menepis spekulasi kononnya jumlah wang hantaran tinggi menjadi punca pertunangan dirinya dengan pelakon, Elfira Loy, putus.

Katanya, dalam keghairahan sesetengah pihak untuk menjadi orang pertama yang ‘tahu’ segala-gala, sebahagiannya tampil bersama andaian sendiri.

Sebelum ini, wujud dakwaan mengatakan Sufian kononnya tidak mampu untuk menyediakan jumlah wang seperti diletakkan oleh keluarga pihak perempuan, sehingga ikatan yang disimpulkan pada 6 Oktober tahun lalu terlerai.

Begitupun, ketika ditanya sendiri kepada empunya diri, penyanyi Terasa Ada itu menafikan perkara terbabit.

Saya percaya, dalam hal sebegini, banyak pihak seperti mahu menjadi yang pertama. Seolah-olah, mereka tahu segala-gala yang berlaku.

“Tidak kurang juga yang membuat andaian dan kesimpulan sendiri, termasuklah dalam soal wang hantaran. Sedangkan, hakikatnya tiada isu pun dalam perkara itu.

Silalah berhenti daripada membuat kesimpulan sendiri dan hormatilah keluarga saya serta Elfira,” katanya sambil menegaskan, dirinya sekali-kali takkan mudah melatah dengan segala apa yang terjadi.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *