Bertiga Adalah Lebih Baik Daripada Berdua – Kenapa Kami Kata Kamera Huawei P20 Pro Jauh Meninggalkan Pesaing Mereka Yang Lain.

Persoalannya, kenapa perlu sampai 3 kamera? Adakah dwi-kamera tidak mencukupi? Langkah yang diambil oleh Huawei ini merupakan satu lonjakan yang besar dalam teknologi pembuatan telefon pintar dalam membawakan kamera yang mampu untuk menyayingi kamera DSLR.

Selain daripada memiliki tiga pasang kamera, Huawei juga dilihat meneruskan kolaborasi dengan Leica untuk siri P mereka dalam memberi pengalaman fotografi yang terbaik untuk pengguna.

 

Lensa yang diketengahkan juga diberi penambahbaikkan dengan sensor Vario-Summilux-H menggantikan sensor Summilux yang digunapakai di model P10 Plus.

  1. Lensa RGB

 

Huawei telah menambah saiz sensor RGB sehingga 40-Megapiksel f/1.8, jauh meninggalkan pesaing mereka yang lain. Seperti yang anda tahu, saiz piksel yang besar akan mempertingkatkan lagi ketajaman perincian hasil gambar. RGB (Red, Green, Blue) digunakan untuk menangkap butiran warna. Oleh itu, warna yang dihasilkan kelihatan lebih menyerlah.

 

  1. Lensa Telefoto.

 

Tanpa Zoom
3X Zoom Optikal
5X Zoom Hibrid

 

Ini merupakan pertama kali Huawei mengetengahkan sistem telephoto dalam peranti mereka. Dengan lensa telephoto 8-Megapiksel f/2.4 dan panjang fokus 80mm, ianya membenarkan pengguna untuk zoom sebanyak 5X (zoom hibrid) tanpa kehilangan perincian ketika mengambil gambar subjek yang jauh.

 

  1. Lensa Monokrom

 

Seperti yang anda tahu, lensa monokrom mengambil butiran gambar hitam putih dalam menghasilkan kesan bokeh. Dengan 20-Megapiksel f/1.8 monokrom, peranti ini dapat menangkap butiran warna hitam dan putih supaya kesan bokeh lebih sempurna terutamanya pada waktu malam dan pada masa yang sama hasil gambar akan lebih jelas dan pekat.

 

Apa yang membuatkan P20 dan P20 unik berbanding peranti lain di pasaran ketika ini adalah teknologi AI yang terbina di dalam cip pemprosesan Kirin 970 bersama NPU (Neural Processing Unit) yang tersendiri, tidak ada pada peranti lain pada ketika ini.

Ini bermakna ianya dapat mengoptimumkan prestasi dan penggunaan bateri mengikut tingkah laku pengguna. Untuk kamera, teknologi AI mampu mengesan 19 jenis kategori objek dengan lebih 500 senario dalam menambahbaik hasil gambar.

Contoh kalau ambil gambar bunga, peranti ini dapat mengenalpasti dengan sendiri melalui teknologi AI untuk memberikan kesan yang lebih cemerlang. Ianya akan secara automatik akan meninggikan saturasi warna untuk menyerlahkan lagi warna bunga.

 

Selain daripada itu, Huawei turut menampilkan sokongan gerak perlahan 960fps untuk rakaman video untuk menghasilkan rakaman yang lebih sinematik seperti yang ditonjolkan dalam pembuatan perfileman.

Peranti ini bukan sahaja kuat tenaga batinnya, malah rupa zahirnya juga sudah cukup untuk buatkan ramai jatuh hati. Dengan binaan panel kaca dibelakang, memberikan struktur yang kukuh dan premium dan cantik dengan rekaan rona warna berkilau berubah-ubah mengikut sudut pandangan.

Pilihan warna seperti warna  merah jambu dan ‘Twilight’ menonjolkan lagi kecantikan fon ini. Sedap dipegang di tangan dan sedap juga mata memandang.

 

Anda juga boleh mengubah tetapan paparan skrin dimana ianya akan menutup ruang di tepi ‘notch’ dengan warna hitam. Maka ‘notch’ pun akan hilang.

Dengan tanda harga P20 Pro pada RM3,299 dan RM2,599 untuk P20, ianya agak sukar untuk mana-mana pesaing lain untuk bersaing dan kami lihat ianya merupakan peranti fotografi terbaik untuk anda.

 

Lupakan DSLR, inilah masanya anda beralih ke #phonetography

 

Untuk pengetahuan anda Huawei Malaysia kini sedang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM 100,000 untuk dimenangi untuk setiap pembelian telefon pintar terpilih melalui kempen ‘Gaya Raya Bersama Huawei’.

 

Kempen ini akan berlangsung bermula 18 May sehingga 17 Jun ini. Pelbagai hadiah menarik seperti pakej percutian 4 hari 3 Malam ke Tokyo Disneyland dan Bali, Indonesia menanti anda. Rebut peluang keemasan ini segera dan tampil bergaya dengan peranti terbaru Huawei anda pada Hari Raya nanti. Anda boleh ikuti laman Facebook Huawei Mobile MY untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini dan cara untuk menyertainya.

Dengan pemansuhan GST, anda juga bakal ditawarkan dengan harga jatuh merudum mulai 1 Jun ini. Anda boleh mendapatkan info dengan lebih lanjut dengan melayari laman sesawang Vmall.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *