KERANA MULUT BADAN BINASA. INI YANG TERJADI SELEPAS AYAT KESAT DIKELUARKAN OLEH BUNG MOKTAR TEMPOH HARI

Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memberi amaran terakhir kepada Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) untuk tidak mengeluarkan perkataan lucah seperti yang dilakukannya Selasa lalu.

Beliau berkata sekiranya Bung mengulangi perkataan lucah atau tidak sopan itu, beliau akan dihalau keluar dewan sehingga satu tempoh yang akan diputuskan.

“Saya akan gunakan seksyen 44(2) peraturan Dewan Rakyat iaitu satu peruntukan yang membenarkan speaker menghalang ahli parlimen menyertai persidangan dalam satu tempoh yang tertentu,” katanya di Dewan Rakyat.

Selalu lalu, tindakan Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) mencelah semasa Bung bercakap mengenai kenaikan harga barang di Pasar Borong Selayang, mengundang kemarahan wakil rakyat 5 penggal itu.

Ketika Bung berucap, Willie mencelah dan bertanyakan sama ada Bung pergi ke pasar borong itu atau ke kasino.

Bung membidas Willie sebagai biadab dan bertanyakan sama ada wakil rakyat PKR itu mahu mencari gaduh.

“F*** you! Kau salah orang,” kata Bung tanpa dipastikan ia dituju kepada wakil rakyat mana.

Mengulas lanjut, Ariff berkata beliau mendapati perkataan yang digunakan Bung itu kurang sopan tetapi akui perkataan seumpama itu pernah disebut oleh ahli parlimen lain sebelum ini.

Beliau berkata perkataan yang dikeluarkan itu jelas melanggar peraturan Dewan Rakyat walaupun Bung menarik balik perkataan itu.

“Dalam hal demikian, saya ingatkan semua ahli parlimen mematuhi peraturan Dewan Rakyat di mana perkataan lucah dan tidak sopan tidak dibenarkan dan tindakan akan diambil mengikut seksyen 44 (2) peraturan Dewan Rakyat.

“Jika perkara itu disebut saya akan keluarkan arahan menghalau ahli parlimen itu dari Dewan Rakyat dan keluarkan hukuman lain. Ahli parlimen lain perlu pastikan perkara ini tidak diulang pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) berkata walaupun mengalu-alukan amaran Ariff tetapi beliau mahu Bung diambil tindakan yang tegas dengan menghalaunya dari Dewan Rakyat.

Beliau berkata perkataan yang dikeluarkan Bung itu amat serius dan perlu satu tindakan yang tegas.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *