Syarikat Jepun ‘sewa’ ketiak wanita cantik untuk pamer iklan

SEBUAH agensi pengiklanan Jepun mula menggunakan ketiak wanita jelita sebagai ruang iklan.

Klinik rawatan kecantikan menjadi pelanggan pertama agensi itu.

Syarikat pengiklanan Wakino yang diambil sempena perkataan “waki” yang bermaksud ketiak itu ditubuhkan pada awal tahun ini.

Laman web syarikat itu mempunyai pelbagai contoh iklan berbentuk empat segi, berwarna-warni dan berukuran antara dua hingga empat inci.

Harga iklan ketiak itu bernilai ¥10,000 (RM365) sejam.

Model yang digunakan untuk iklan tersebut mempamerkan ketiaknya sambil menggayutkan tangan pada pemegang yang disediakan dalam kereta api.

Memetik laporan Telegraph UK, Klinik Seishing Biyo menjadi antara yang terawal untuk mencuba teknik pemasaran itu bagi memperkenalkan khidmat klinik tersebut.

Klinik berkenaan menawarkan servis pembuangan bulu ketiak yang tidak menyakitkan.

Agensi pengiklanan itu mencari lebih ramai model ketiak termasuk model lelaki.

Syarikat itu turut mengumumkan untuk menganjurkan pertandingan kecantikan untuk mencari ketiak tercantik di Jepun.

Bagaimanapun, kempen iklan pelik itu mungkin terpaksa direhatkan seketika memandangkan golongan wanita akan menutup ketiak mereka apabila musim luruh tiba tidak lama lagi.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/07/30/iklan-ketiak/#cCdXzqMKip2l6Fj8.99


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *