Sempat menulis hajat terakhir di FB. Isteri akhirnya meninggal selepas 11 hari berpantang.

Berdepan dengan kehilangan orang tersayang perit untuk diterima apatah lagi dengan sekelip mata.Kegembiraan sepasang suami isteri tidak berpanjangan selepas menerima kehadiran cahaya mata pada 28 Ogos lalu apabila isteri dikasihi meninggalkan, dia dan anak yang baru lahir itu, selepas 11 hari berpantang.

Perkongsian status Facebook Hamijan Mijan atas pemergian isterinya Siti NurHidayah Mohd Saad,23 membuatkan ramai yang bersimpati dan sedih dengan apa yang berlaku.

Malah, wanita itu juga dikatakan sempat memuat naik status terakhir di facebook sehari sebelum pemergiannya dengan tidak sabar mengajak suami untuk bercuti ke Cameron Highland setelah habis pantang pada hari ke-45. Namun impian itu tidak kesampaian akhirnya apabila dia dahulu dijemput Ilahi.

Kematian Mengejut
Hamijan jalaludin, 22, berkata, dia tidak menyangka isterinya pergi secara tiba-tiba kerana NurHidayah tidak menunjukkan sebarang tanda, bahkan, beberapa jam sebelum kejadian mereka masih sempat berbual seperti biasa.

“Lepas subuh, saya tidur sampai pukul 11, saya (hanya) tersedar apabila anak menangis. Saya bangun buatkan susu anak dan memanggil isteri tetapi tidak dia tidak menyahut. Jadi saya pergi dekat dan menarik selimut, dan melihat tangan arwah sudah kebiruan,” kata Hamijan.

Panik dengan keadaan isterinya yang sudah tidak sedarkan diri, dia terus memanggil ambulans dan membawa isterinya ke hospital.

“Namun sampai di hospital, isteri disahkan meninggal dunia,” kata Hamijan.

Terdapat Darah Beku
Menurut Hamijan, doktor mengesahkan terdapat darah beku di peranakan isterinya yang menjadi punca kepada kejadian tersebut, selain mengalami hipoglisemia (bacaan gula dalam darah rendah) kerana mengalami diabetes semasa mengandung.Bagaimanapun, keputusan penuh dari doktor masih belum diketahui.

Meskipun sedih, namun dia reda dengan pemergian isteri tercinta dan janjinya akan menjaga zuriat, tanda cinta mereka yang telah diberi nama Muhammad Hud Hayyan dengan baik.

“Saya akan menjaga, bayi kami, dengan bantuan keluarga,” katanya.

Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga ini, Semoga diberikan ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang ditakdirkan.

Sumber: Sinar Harian

Berdepan dengan kehilangan orang tersayang perit untuk diterima apatah lagi dengan sekelip mata. Tiada sesiapa yang akan memahami sedihnya perasaan kehilangan ini melainkan mereka yang pernah melaluinya. Hanya jiwa yang tabah mampu menerima ketentuan takdir yang telah ditetapkan oleh tuhan.

Seperti lelaki ini yang terpaksa menerima kehilangan isteri tersayang secara mengejut ketika mereka sedang melalui fasa bahagia dalam hidup. Manakan tidak, baru sahaja dikurniakan cahaya mata pertama 11 hari lalu, pemergian isterinya Siti NurHidayah Mohd Saad tmembuatkan ramai yang bersimpati dan sedih dengan apa yang berlaku.

Malah, wanita itu juga sempat memuat naik status terakhir di facebook sehari sebelum pemergiannya dengan tidak sabar mengajak suami untuk bercuti ke Cameron Highland setelah habis pantang pada hari ke-45. Tersentuh hati kami. Siapa sangka impian itu tidak kesampaian akhirnya apabila dia dahulu dijemput tuhan.

Hamijan ketika dihubungi hari ini berkata, dia tidak menyangka isterinya pergi secara tiba-tiba kerana NurHidayah tidak memberikan sebarang tanda. Bahkan, beberapa jam sebelum kejadian mereka masih berbual seperti biasa.

‘‘Masa pukul 4 pagi tu elok je sembang-sembang ajak pergi jalan apa semua lepas subuh tu saya tidur sampai pukul 11 saya tersedar anak menangis.

”Saya bangun buat susu anak lepas tu saya panggil isteri saya dia tak menyahut, saya pergi dekat dia tarik selimut dia tengok tangan arwah dah kebiruan,” kata Hamijan.

Panik dengan keadaan isterinya yang sudah tidak sedarkan diri, dia terus memanggil ambulans untuk membawa isterinya ke hospital.

”Lepas tu terus panggil ambulans bawa pergi hospital sampai hospital isteri dah disahkan meninggal dunia,” kata Hamijan.

Menurut Hamijan, doktor mengesahkan terdapat darah beku di peranakan isterinya yang menjadi punca kepada kejadian tersebut, selain mengalami hipoglisemia (bacaan gula dalam darah rendah) kerana mengalami diabetes semasa mengandung.

Bagaimanapun, keputusan penuh dari doktor masih belum diketahui.

Terima kasih kerana awak dah menjadi isteri yang sempurna buat saya dan anak sayang.

Wajahmu sentiasa dalam ingatanku, disusuli doa buatmu isteri.

Cahaya mata yang ditinggalkan menjadi bukti cinta si isteri buat suami. Moga suami allahyarham terus tabah membesarkan satu-satunya zuriat mereka.

Buat para suami, hargailah isteri anda yang telah berjuang nyawa untuk melahirkan anak. Hargailah isteri, bahagiakanlah mereka. Siapa tahu itu saat terakhir anda bersama pasangan? Semoga secebis perkongsian kisah ini membuka mata golongan lelaki bergelar suami di luar sana.

Sumber : Hamijan Mijan  Kredit: Siakapkeli.my


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *