Kawan aku dah meninggal? Abis yang 3 tahun borak² dgn aku kat rumah tu siapa??

Ada kwn2 dok mintak aku up cerita “housemate aku hantu”…So mlm ni aku akan up cerita tu…Cuma,ada beberapa perkara yg aku nk gtau,sebelum kwn2 baca cerita aku.

  1. – cerita ni xmelibatkan hantu2 yg muka2 mereka seram tahap gaban.
  2. – sejujurnya..aku xpernah jumpa hantu2 yg menyeramkan..yg dtg pada aku semuanya dlm bentuk manusia biasa mcm kita jugak
  3. – so elemen seram dlm cite ni hanya pembaca sahaja boleh menilai.
  4. – lastly,aku mintak maaf jika cerita ni xseseram mcm cerita hantu yang lain.

Tajuk cerita aku: Housemate aku hantu

Part 1. Peristiwa ini berlaku 2011..3 tahun lepas aku konvo pada 2008…Pada 2010,aku dapat offer keje dengan sebuah bank di KL…position aku plak,aku perlu bnyak outstation so sekaligus aku jarang ada di rumah….Aku pun carila rumah sewa area2 yg dekat dgn office aku..Alhamdulillah aku dapat sebuah kondo walaupun sewanya agak mahal(dlm hati berlagak nk dok kondo)..Sepajang 1 tahun dari 2010-2011 aku hanya stay sorang sebab lebih privasi dan lebih selamat…

Part 2. Penghujung tahun 2011 masa aku tgh bercuti di kampung..aku dapat 1 panggilan dr no yang aku xkenal…..aku pun jawab,borak punya borak…Rupanya kawan lama aku masaa di universiti walaupun lain bidang dan falkuti…Firdaus nama dia,dia kol aku sebab nk sewa rumah dengan aku sekali…..Pada mulanya,aku agak pelik…mcm mana dia blh tau aku dok sorang2…dan mcm mana dia blh tau no aku….Aku pun balik KL jumpa dia,dan bincang soal sewa rumah…walaupun aku sendiri mcm blur2 kenapa aku blh setuju dia jadi housmate aku

Part 3. Bermula la cerita aku duduk serumah dengan hantu…a.k.a housemate aku hantu. Awal tahun 2012…Firdaus pun masuk la dalam rumah aku…di guna bilik yg dekat dapur…walaupun ada lagi 2 bilik kosong didepan….bilik dia pilih tu agak kecik dari bilik2 yang lain….Malam first dia duk dengan aku,kami makan sama2..cuma time solat jer aku xperasan dia sebab memerap dlm bilik…..Lepas tu sama2 lepak tgk tv sambil aku cerita la bidang keje aku yg kerap outstation…dia pun mcm ok jer…

Dia cerita dia selalu busy keje kadang balik lewat2 mlm kul 1-2 pagi….Aku xsyak ape2 sebab bg aku normal la keje di KL balik 1-2pagi….So habis disitu je mlm tu.

Part 4. Hampir 6 bulan aku duk serumah dengan dia…..dlm tempoh tu aku hanya ada dirumah dengan dia 2-3minggu jer…selebihnya banyak outstation…Satu pagi tu,aku terserempak dgn jiran aku…bertanya khabar..Dia tny aku,.

  • jiran : Adam duduk sorg ke? atau dengan kawan
  • aku : xla abg..sy duduk dgn kwn…kami berdua jer
  • jiran : yeker( lepas tu di mcm nk cepat2 blah dari aku)

Tapi aku xambil port sangat pasal jiran aku tu….berlalu mcm tu jer….Masa terus berjalan…tiba bulan puasa…si Firdaus ni ckp kat aku…sepanjang bulan puasa dia kena balik kg…dia dh apply cuti smp raya…Ok jela…xtny2 lebih2

Part 5. Habis puasa dan raya…dia pun balik dr kg…Kebetulan aku xbnyk keje,boleh la spedtime dgn housemate al maklum la mood rayakan 1 bulan…Pada 1 malam tu dlm kul 2 pagi,aku nampak dia kat dapur tgh masak2…Aku dh pelik,kenapa dia masak tgh2 malam sebab baru je balik mkn dgn aku…Itu xper lagi..aku masih buat xtahu jer….aku positive jela…last2 berlalu mcm tu jela…..Selang xberapa lama lepas tu…dlm 3-4 hari lepas peristiwa masak tu…aku balik lewat mlm dlm kul 3 pagi..

masuk jer dlm rumah aku dh meremang bulu roma….rasa semacam jer dlm rumah tu…..aku tergerak hati nk tgk bilik dia….mcm gelap jer,aku ketuk2 la pintu..dia bangun buka pintu dgn muka mengantuk…So aku lega sebab ada kwn dlm rumah

Part 6. Esok pagi tu…aku xmasuk keje…time buat breakfast…dia call aku ckp semalam dia xbalik rumah sebab balik kg….Aku terus terdiam,tiba2 je aku rasa seram sejuk siang2 hari celik..hehe..Aku dh terfikir,ni kali kedua aku kena usik…Aku masih positive lagi…

anggap itu xde ape2 hny hayalan menjelma…Disebabkan aku ambil cuti 2-3hari..aku terajin la kemas2 rumah yg dah berselerak mcm tongkang pecah.Kemas punya kemas…aku mcm pelik kenapa depan pintu bilik dia bnyk sarang2 labah.mcm pintu tu xpernah org buka..Sekali lagi aku hairan.

Part 7. Aku baru balik dari Sabah selepas 2 bulan kt sana…Dlm keadaan yg penat dan letih sangat…masuk dlm rumah,tgk dia dok tgk movie cerita hantu plak tu….Aku yg dh penat sgt,terus tertidur…..Aku terjaga dlm kul 4pagi..sayup2 dlm bilik aku dgr mcm org dok beborak di hall….aku teruja nk tgk siapa yg dtg mlm2 buta…Aku nampak Firdaus dok borak sorang2….Mcm nk terkeluar jantung aku…Sebab aku dgr mcm ramai org dok borak dgn dia.

Part 8. Sepanjang 3tahun aku dok serumah dgn dia…Jiran2 aku yg baik hati selalu tegur aku supaya pindah rumah…atau pagar rumah….Tp aku jer yg xambil kisah pasal tu…sebab aku xkena usik pun dgn hantu…Tiba la pd 1 mlm tu…dlm bulan puasa aku kat kg….dia call jemput dtg makan kenduri di kg dia pada raya ke-7…dia suruh aku jemput 2-3org kwn dtg kenduri di rumah dia….aku on jer,dan xtny lebih2 pasal kenduri tu…

Last part. Tiba la masanya aku dn kwn U gerak g Johor….kg si Firdaus tu..lepas 3-4 jam smp la kerumah dia walaupun sesat gak sebelum jumpa rumah….dan sepanjang sesat tula…aku on call dgn dia mintak direction ke rumah dia…Sesampai di rumah dah agak lewat petang….

org xramai dah,….Family dia tny cari sape2…aku jwb cari Firdaus…Abg si Firdaus ni kenal aku…so di jemput aku makan dulu nanti borak lain….Lepas makan dh kenyang perut…abg dia jemput masuk dlm rumah…bermula la soal jawab:

  • abg dia : mcm mana ko tau ada kenduri arwah?
  • aku : Firdaus yg jemput…dia call bulan puasa haritu
  • abg dia :dah lama ke ko contact dia?
  • aku : dah 3tahun kami dok serumah…sejak 2012 lagi.
  • abg dia: adam..ko xtahu ape2 ke? ke ko tipu aku
  • aku : xla…aku pun tunjuk list di contact dlm hp aku
  • abg dia : Terkedu dan terkejut bila tgk hp aku ada msj dan call dr Firdaus

Last2 ayah dia dtg tunjukkan surat kematian dia 2 tahun lepas akibat denggi…Terlopong mulut aku…lemah habiss kepala lutut..Lepas tu aku terus pindah rumah… SAMPAI SEKARANG,AKU TERFIKIR…KENAPA DIA CARI AKU *aku terpaksa letak nama samaran utk kawan aku tu…sebab nk jaga aib dia.

 

Sumber: mR.MJ

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *