Org ramai belasah lelaki ini.Tiba² semuanya berhenti,kesian bila wanita ini dtg peluk.

Hancur hati seorang isteri apabila lelaki yang dikejar serta dipukul oleh orang ramai ketika berada di pasar, rupanya-rupanya adalah suaminya. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi di Pasar Tamu Putatan, Penampang. Suspek dipercayai cuba menyeluk beg duit seorang wanita namun rancangannya terbantut apabila dia ditangkap oleh orang ramai selepas mangsa menjerit meminta pertolongan.

Mungkin kerana terdesak serta kesempitan hidup, seorang lelaki cuba menyeluk beg duit seorang wanita di Pasar Tamu Putatan, di sini kira-kira jam 8.30 pagi tadi. Suspek telah dikejar, dibelasah dan diikat oleh orang ramai sehingga lah seorang wanita menghampiri dan memeluk suspek sambil merintih;

“Kenapa sayang buat macam ini? Sepatutnya sayang di rumah waktu ini.”

Wanita itu dipercayai isteri kepada suspek terbabit. Ketika kejadian, wanita itu menangis sambil mempersoalkan tindakan mengapa lelaki terbabit sanggup melakukan perbuatan seperti itu. Ternyata situasi tersebut telah mengundang rasa simpati orang ramai selain geram kepada suaminya yang menyusahkan orang lain.

Tidak lama kemudian, sepasukan polis tiba di tempat kejadian dan dibawa ke Balai Polis Putatan untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata;

Suspek berusia dalam lingkungan 30-an ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Sumber: Berita Harian

 

Bermula Dari Mesej & Missed Call, Wanita Kongsi Pengalaman Dipukau Menerusi Voice Note Whatsapp

 

KAWAN AKU KENA PUKAU MELALUI VOICE WHATSAPP SEMALAM ! DUIT BUKAN SENANG NAK CARI B@B%!!!Tolong lah siapa yang tak percaya dia memang bodoh sombong. Kawan aku sendiri kena. Tolong lah lepas ni siapa yang dapat voice ws dari no tak kenal jangan dengar dulu !

Mula mula kawan aku dapat ws dua ketui ni, orang tu ws dia dan tahu nama penuh dia. Siapa je tak pelik kan number tak kenal ws lepastu tahu nama kita nama penuh kot ! Dia tak reply dan tak read pada mulanya. Tapi

Org tu misscalled pulak ! Misscalled weh, Zahida pon mcm kau ni sape misscalled aku pulak dah la tau nama penuh aku lepastu nak cakap dengan aku pulak. Dan itu yang buat dia bertambah pelik kemudian dia memilih untuk reply.

Lps dia dh reply tu B@B% tu voice dia ckp mcm keadaan nak cepat yang bank salah masukkan tac no dekat hp Zahida. Dengan cara dia cakap tu buat Zahida mcm sedikit sebanyak jadi panik dan mcm percaya lah yang bank tu tak masukkan number tac dekat b$b% tu.Zahida pun mcm ha tac number ? Tac number apa, sebab tu dia reply ckp sorry i dont get any tac number. Mula mula tac number tu memang tak masuk dkt phone Zahida.

Lepastu B@B% tu voice Zahida lg dan tiba tiba tac number mmg terus masuk dkt Zahida. Ok lepas pada Zahida dpt voice yg ketiga tu Zahida mcm tiba tiba jadi zombie tak sedar apa apa ikut je ckp Si B@B% tu. Message yg Zahida delete tu adalah tac number yg B@B% tu nak kan dari tadi.Lepas Zahida dh hntr tac number tu Zahida terus delete message tu lepastu Zahida tanya ni ke number tac ? Waktu Zahida delete tu dia sendiri tktau kenapa dia terus delete dan dia sendiri tak tau kenapa dia bagi number tu.

Masalahnya dekat sini kenapa mesti tac number tu nak kena masuk dekat number dia like macam number orang lain ada lagi kot wan ke farah ke jijah ke. Okay lepastu orang tu voice lagi dan dia cakap yang nanti pihak bank akan call Zahida sendiri.Tak lama tu Zahida tiba tiba tersentak dari lamunan dan tah mcm mana dia terus check balance acc dalam cimb dia. Weh tinggal 30 inggit ! Apahal kau tak ambil semua setannnnnnnnnnnnnnnn !!!!!!!! Lepas dia dah sedar tu dia terus menangis dan bagitau mak dia.

Nak dijadikan cerita mak dia marah marah dia pulak cakap kenapa kau bagi. Eeee member dah menangis teruk, Ya Allah dia pun slow slow terang dekat mak dia dan mak dia tak marah sangat dah lepastu terus dia mak dan ayah dia pergi buat report polis.Ni mmg kes serious bkn main main mcm police entry one two jaga polis mati pencuri jaga tu. Betul betul dh jadi dkt kawan aku sendiri. Aku tak dpt tolong kawan aku tapi aku harap dgn apa yang aku dh cerita ni dpt bantu org lain. Dan harap sgt org lain boleh berhati hati lepas ni

Jangan layan number tak kenal sesuka hati even dia tau nama kau sekalipun dia call kau berpuluh kali pun biar lah sampai dia text kau dulu dan dia cakap ni maklang ke maklong ke baru lah kau reply. Tolong lah weh sekarang ni org buat jahat mcm mcm cara.Duit bukan senang nak cari weh ! kalau kau rasa 2k tu jumlah yang sedikit mungkin kau terlalu kaya dan senang dapat duit. Kawan aku kumpul duit dari diploma kot nak beli iphone 7plus. Sekarang duit kemana iphone kemana.

Moral of the story

  • – jgn tertipu dgn DP WS BUDAK.
  • – jgn main dgr saja apa jenis voice lagu yg org tak dikenali hantar
  • – jgn layan dan never ever kalau boleh jangan layan orang kita tak kenal, tolong lah dengar cakap aku
  • – last, jangan main hp ! Senang

 

Sumber:  Atengjannah


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *