4 bulan sakit & diganggu misteri. Setelah dirukyah,’Teddy Bear’ bekas kekasih puncanya.

Bagi manusia yang meletakkan hawa nafsu dan kemahuan diri sebagai keutamaan, apa saja sanggup dilakukan walaupun bertentangan dengan agama dan syarak. Siapa sangka, masih ada yang memilih ilmu hitam untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Pengamal perubatan alternatif, Ustaz Din mendedahkan azab yang terpaksa dihadapi pesakitnya apabila terkena buatan minyak pengasih.

Berpunca anak patung

Menurut satu status di page Facebooknya, Ustaz Din menceritakan pengalamannya merawat pesakit yang terkena gangguan sehingga pihaknya perlu membakar anak patung kerana terdapat sapuan minyak pada patung itu.

Rawatan semalam. Bila pesakit dirukyah (bacaan ayat al-Quran untuk memohon bantuan perlindungan)… anak patung terpaksa dibakar kerana terdapat gangguan… sapuan minyak pada patung tersebut yang menyebabkan pesakit akan sakit berterusan selagi tak dibuang atau dibakar. Allahu Rabbi (Ya Allah Ya Tuhanku).

Menurut Ustaz Din kepada Mstar, pesakit dirawatnya itu merupakan seorang janda berusia dalam lingkungan 20-an. Pesakit mengalami sakit misteri sejak 4 bulan lalu sebelum mengambil keputusan bertemu perawat itu.

Kami diberitahu yang pesakit telah terkena gangguan misteri sejak kira-kira empat bulan lalu, menyebabkan dia sakit-sakit badan, sakit kepala dan asyik termenung.

Jadi, kami pun melakukan ‘rukyah’ bagi mengenal pasti sama ada dia terkena gangguan atau tidak. Ya, dia terkena sihir, alami gangguan jin, dan puncanya daripada sebuah anak patung.

Minyak pengasih disapu pada patung

Menurut pesakit, dia menerima patung teddy bear merah jambu itu daripada bekas kekasih sebagai hadiah hari lahir. Dakwa Ustaz Din, patung itu sudah disapu dengan minyak pengasih iaitu amalan syirik bagi menundukkan pasangan dengan bantuan jin.

Saya melakukan rawatan antaranya ‘berdialog dengan jin’ yang menemukan kami dengan punca sebenar pesakit ini mendapat gangguan.

Minyak pengasih itu disapu pada bahagian tangan anak patung beruang. Sebab itu, pesakit asyik termenung dan teringatkan bekas kekasih.

Pesakit itu sebelum ini ada mendapatkan rawatan dan pulih namun kembali mengalami gangguan. Menurut Ustaz Din, berkemungkinan anak patung yang bertindak sebagai perantara menyebabkan gangguan kembali berlaku. Untuk itu dia membuat keputusan membakar patung tersebut.

Tapi sepanjang anak patung itu ada di rumahnya, dia diganggu macam-macam. Tapi pesakit tak tahu ‘benda’ tu menumpang pada anak patung.

Jadi, dengan bantuan Allah SWT, kami berusaha membantu merawat pesakit ini. Menerusi sesi rawatan kedua, kami melakukan ruqyah di samping membakar anak patung itu yang menjadi ‘rumahnya’ selama ini.

Alhamdulillah, pesakit itu dapat disembuhkan, tiada lagi gangguan. Dia telah melakukan rawatan susulan selepas itu.

Sumber: MstarPerawatan Ustaz Dinvia ohbulan

 

Jenis jenis sihir

1- Sihir pemisah (perceraian)  Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh temeh dan sukar memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya, orang yang di sihir membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir benci tempat yang di duduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila pulang kerumah merasa bosan. Bahan yang di gunakan seperti tahi besi yang di tabur di jalan yang di lalui oleh mangsa atau di tanam di mana-mana kawasan rumah

2- Sihir Percintaan (penunduk)  Puncak cinta dan keadaan nafsu yang berlebihan, hasrat yang kuat untuk selalu bersama, tidak ada kesabaran untuk berhubungan badan, kerinduan yang sangat dan selalu ingin bertemu, ketaatan yang buta terhadap pasangan
.
3- Sihir membatal atau menunda perkahwinan  biasanya melalui 2 cara jin merosakkan. a) Jin masuk dan menutupkan keinginan perempuan terhadap orang yang mahu meminang atau menikahinya.
b) Jin tidak dapat masuk tetapi menyihirnya dengan memberi khayalan dari luar, ia memberi khayalan kepada pasangan bahawa ia saling buruk. Dengan demikian maka setiap lelaki yang meminangakan mengundur diri tanpa sebab padahal sebelumnya sudah saling setuju.

4- Sihir yang mengikat lelaki dan perempuan 
A) Kepada lelaki 1) sebelum kahwin alat kelamin berfungsi dengan baik tetapi selepas kahwin maka alat kelamin tidak mampu berfungsi. 2) alat kelamin berfungsi dengan baik di luar rumah akan tetapi apabila mendatangi isteri alat kelaminnya hilang fungsi. 3) Alat kelamin berfungsi dengan isteri ketika bergurau senda tetapi apabila bersama hilang fungsi.
B) Kepada perempuan pula : 1) Ada penghalang di dalam alat kelamin isteri berupa daging yang menutupi lubang vagina isteri. 2) Ketika ingin mengauli isteri, isteri merapatkan paha agar suami tidak dapat bersama kerana halangan perasaan atau kesakitan. 3) Adanya pendarahan apabila disetubuhi, tetapi apabila menjauhi isteri maka darah tersebut berhenti.

5- Sihir dimandulkan  tidak dapat zuriat walau pun di sahkan oleh doctor pakar bahawa ia tidak mempunyai masalah.

6- Sihir pukau  1) Menyebabkan sesorang itu kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota badan yang lain. Ia sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut arahan yang diberi oleh pemukau tersebut. 2) menyebab mangsa tidur lena tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya. Bagaimana terjadi pukau? 1) pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun syaitan (member salam dan mengarahkan). 2) Melalui sentuhan dengan berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa. Rasululullah menyebut :
“Pandangan mata itu merupakan panahan dari panahan iblis yang boleh terkena kepada hati mukmin.”

7- Sihir Gila  mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang kadang tidak sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau, ditahap yang kritikal berjalan yang tidak ada arah tuju dan tidur tidak menentu dan mula ingin berada pada tempat yang gelap.

8- Sihir Sakit anggota badan  Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan, kerap kali di serang sawan, mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh, melumpuhkan semangat dalam melakukan aktiviti seharian.

9- Sihir Pendarahan (Darah istihaadah)  Tandanya darah yang tidak berhenti pendarahan walaupun sudah melalui tahap masa kebiasanya. Menurut ibn Al athir darah isthihadah ialah darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana biasa. Jin yang bergerak di dalam saluran darah orang yang disihir tersebut. Biasanya jin akan menendang rahim sekuat hatinya dan darah keluar dari saluran tersebut. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di zaman Rasulullah Hamnah binti Jahsy lalu Rasulullah menyebut :
“Sesungguhnya darah itu hasil sepakan syaitan, syaitanlah yang menendangnya”

10- Sihir Santau  Santau dapatlah di bahagikan kepada dua bahagian. 1) santau menggunakan bahan yang gatal dan miang lalu di jampi serapahnya untuk di tujukan kepada seseorang. 2) Santau yang menggunakan bahan miang, bisa terdiri dari lipan bara, bisa ular, ubur-ubur, ulat mati berangan dan sebagainya. Di gaul dan di peram beberapa bulan dihantar kepada yang ingin dituju tanpa dibaca. Tanda-tandanya ialah gatal, batuk berdarah dan miang seluruh tubuh badan terutama menjelang senja dan batuk berdarah serta kulit membengkak pecah dan berair disertai rasa bisa. Biasanya kalau sekiranya tahap yang kritikal seseorang tersebut akan Nampak kebiruan dan kehitaman pada jari jemarinya.

11- Sihir Penutup  Biasanya di kenakan kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di tempat perniagaan, lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama anggota kerja yang tak berkesudahan walaupun perkara kecil, seringkali orang melihat tempat kerja tertutup sedangkan kedai di buka.
Tanda-tanda Umum di sihir

1) Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja 2) Mimpi yang menakutkan
3) Sakit dada dan resah menjelang senja  4) Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.  5) Mula nampak alam ghaib
6) Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya
7) Berlaku sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor  8) Terdengar suara-suara yang memanggil namanya
9) Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.

Sumber:  darussyifabbst


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*