Mak² wajib try ! Ini cara buat sosej ayam bersayur ‘homemade’

Kadang-kadang bila beli ayam, bahagian dada jarang dimasak kerana terlalu berisi. Oleh itu bagi nak elak dari membazir, ada menu sedap dan mudah yang boleh dihasilkan guna bahan ni. Sosej ayam homemade! Ya…kalau dah diolah menjadi sosej, pasti ramai yang suka. Anak-anak pun boleh makan tanpa risau kerana ia tidak mengandungi sebarang perasa tambahan dan ada sayur bagi meningkatkan khasiatnya. Nampak menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Naa Rohzurina ni. Memang terbaik!

RESIPI SOSEJ AYAM + SAYUR

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji ubi kentang – dipotong
  • 4-5 keping dada ayam – hiris kecil
  • 2 biji telur
  • Sayuran kegemaran secukupnya ( empunya resipi letak daun sup dan lobak merah)
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • 4-5 ulas bawang putih – dihiris
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu makan tepung ubi ( bancuh dengan 1/2 gelas air)

CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.

2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim ( boleh juga guna plastic tahan panas @ apa-apa jenis plastik yang boleh direbus). Ikat hujung kiri dan kanannya. Rebus dalam 10-15 minit.

3. Bila masak, keluarkan dari plastik dan boleh digoreng.

4. Sedia untuk dinikmati. Lebihan sosej boleh disimpan dalam bekas bersesuaian dan disejukbekukan.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *