Dah mcm org gaji kakak² buat kat mak. Jaga 5 org cucu, siap suruh msk mkn tghari…

Assalamualaikum.

Terima kasih admin kalau siarkan kisah aku ni.

Nama di beri Minah (Bukan nama sebenar), berumur 20 tahun dan masih bujang. Aku mulakan lah ye.

Aku mempunyai 4 adik beradik.
3 perempuan (termasuk aku) dan 1 lelaki (bongsu).
Masih ada mak dan ayah, berusia dalam lingkungan 50 an.
Dan aku takda lah dalam kategori broken family.

Cerita dia mcm ni, 2 org kakak aku tu dh kawen duduk pun dekat² area rumah aku.
Yg sulung dh ada 2 org anak dan yg no 2 dah ada 3 orang anak.
Masing² dh masuk 30 an.
Duduk di rumah mak mertua.

Mak aku berhenti kerja dlm lingkungan umur 40 an atas sebab kesihatan.
Semua cucu (5 org), mak aku yg jaga.

Boleh bayangkan mak kita yang dh tua jaga budak dalam lingkungan 1 – 5 tahun?

Time² ni, budak² sgt aktif. Suka explore sana sini dan mak aku juga kena kejar nak masak untuk anak² dia makan tengahari.

Nak di jadikan cerita, kakak² aku ni bila tengah hari je, makan kat rumah aku.

Hari²  ye, tanpa menghulurkan duit sesen pun. Bila aku balik nak makan, anak² mereka aku yg jagakan, sebab mereka balik nak makan je. Hati aku sedih bila mak aku ckp “mak x sempat nak makan lagi” sbb sibuk cucu² dia buat hal mana dia nak masak lagi. Lepas aku bising² suruh hulur beras pun jadi lah. Baru kakak² aku hulur, tu pun kadang² tak bagi. Suami masing², macam dayus pun ada. Buat tak kisah bini buat ape.

Ni part aku plak, aku balik keje 5.30. Sampai² rumah je, kakak² aku suruh aku mandi kan anak² mereka. Sedangkan mereka dh sampai rumah pukul 5.00. Aku pun mandikan sebab kalau aku tolak, mak aku yg kena mandikan. Mereka sibuk sangat dgn telefon. Anak² terbiar, mak dgn ayah sama je biarkan aku dengan mak yg berhempas pulas mandikan suap makan kan anak² mereka.

Ayah aku mmg taknak masuk campur, dia kena darah tinggi sebab kes budak² menangis. Dia tak tahan. Sepatutnya, usia² mereka mcm ni dh stop dengar bunyi budak menangis. Dah jaga anak sampai umur ²0+, cukup² lah menyusahkan mereka lgi. Kakak² aku jenis tak makan saman. Aku pernah je tanya elok, di marahnye balik. Aku dh mcm mak² dh, sibuk uruskan anak².

Kakak² aku ni selagi mak aku ada, selagi tu nak menyusahkan. Aku ada bgi idea dekat ayah, suruh bawa mak balik kampung dia di Pahang. Biarkan kakak² aku pening kepala fikir nak makan tengahari macamana, siapa nak jaga anak mereka. Dah lah makan kat rumah aku tanpa hulur sesen, lepas tu ada hati request nak itu nak ini. Mak aku pun ikutkan juga tapi guna duit ayah aku, sbb mak aku mmg xda duit.

Kakak² aku mana ada hulur duit jagakan anak mereka. Mana tak ayah aku marah, sepatutnya itu tanggungjawab suami mereka hulur duit. Bukan jd tanggungjawab ayah aku lagi nak tanggung. Dah lah dia sudah serahkan anak dara dia kepada lelaki utk menjaganya, tup tup dia kena jaga balik. Bukan nak berkira, please have some responsiblity. (Perempuan kalau marah msti nak speaking )

Mak aku kesian dekat yg no 2, sbb dia tekanan sikit akibat ekonomi sekarang tinggi. Suami kakak aku no 2 ni, sgt malas berkerja. Bila penat sikit taknak kerja, bila stress sikit halfday. Majikan mana yg nak pekerja macam ni? Itulah pengorbanan seorang ayah, penat sakit mcm mana pun gagahkan diri juga cari rezeki utk anak² dan isteri. Ini tak, biar beban isteri yg tanggung. Sebab tu kakak aku manja² dgn mak aku, sbb lelaki ada mcm takda.

Hati mak mana yang sanggup tgk anak dia terluka. Aku kdg² nak lari rumah (Kawen), sbb aku stress dgn situasi dalam rumah ni.
Aku ringankan beban mak aku dengan bangun pagi² basuh baju lepas tu sidai sebelum pergi kerja. Tengah hari aku tak balik rumah utk makan sbb aku sedih tgk mak aku. Aku lipatkan kain, basuh pinggan.

Ada suatu hari tu, mak aku demam. Mak aku mengadu kat aku badan dia lenguh² minta aku urutkan. Dia tak larat, tp esok kena jaga cucu.

Aku ckp kat mak aku

“Mak tak payah masak tengahari nanti, org dh masakkan nasi. Balik nanti org belikan lauk”

Aku balik² mak aku masak jugak, katanya takut x cukup utk makan kakak² , abg ipar dan ayah aku. Kakak aku boleh tanya, kenapa beli lauk sedangkan mak dah masak.

Aku ckp lah mak tengah sakit tak larat. Mereka boleh jawab “oh” Takda rasa kesian ke dekat mak? Ambil lah cuti halfday, jaga anak. Anak sendiri kan! Kadang² ayah aku tak merasa lauk mak aku masak, sbb cucu anak² dan menantu dah habiskan.

Kakak² aku selalu ckp tiada duit.

Mereka tinggal di rumah mak mentua, duit rumah tak payah bayar, hutang kete? pakai kereta biasa² yg bulan² byr 400+. Bahagi suami isteri dalam 200+ seorang. Aku rasa salah satu punca rezeki sempit sbb mereka byk susahkan org tua aku dan mereka suami isteri juga manusia angkuh sbb tak solat.

Banyak je lagi, tp aku rasa cukup² lah sampai sini sahaja.

Moralnya;

  • Jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab kepada keluarga.
  • Kita sebagai anak, sila lah berjasa kepada ibu bapa selagi mereka masih ada. Jangan sampai ibu bapa dah masuk wad, baru nak belajar berdikari.
  • Adik-beradik dah tolong sehabis baik, tapi tolong ubah diri sendiri ke arah lebih baik.

Terima Kasih.

– Minah via IIUMC


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*