Tak dapat nk cucuk duit gaji di ATM, rupa²nya baru tau akaun beku & dah ‘bankrup’

PENGALAMAN SEORANG BANKRAP

Saya ingin kongsikan pengalaman saya yang baru saja di BANKRUPkan oleh sebuah bank pada awal tahun ni (2016). Kisahnya saya hanya tahu saya bankrup bila nak ambik gaji kat ATM sebuah bank, akaun saya dibekukan dan bank tersebut beri surat pemberitahuan saya telah dibankrupkan oleh bank lain dan rujuk kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), pada saat tu dunia ni dah rasa kecik dah, dah macam gived up, tapi oleh kerana tiada jalan lain, saya beranikan diri ke JIM (sebab nanti waran tangkap plak keluar bila kita tak munculkan diri di Jabatan Insolvensi).

Alhamdulilah, pegawai pegawai Jabatan insolvensi semua nya mesra baik dan profesional, dan BIAR SAYA BERITAHU rupanya STATUS BANKRUP ni bukan bererti anda tiada masa depan dah ATAU DAH TAK BOLEH HIDUP DAH, bila ditemuramah dan dijelaskan terperinci oleh pegawai JIM yang TADBIR kes saya JANGKAAN SAYA MELESET sama sekali. Saya di bankrupkan oleh sebuah bank dan DALAM MASA SAMA saya mempunyai tunggakan di beberapa bank lain (pinjaman peribadi,kad kredit,kereta). Hutang di koperasi, syarikat pemberi pinjaman berlesen, astro, celcom (ya masa muda saya amat teruk) DAN JUMLAH KESELURUHAN RM 150 000.

Dulu saya kerja pegawai kerajaan tapi telah berhenti dan kerja sebagai pengawal keselamatan saja dengan gaji RM1200 sebulan. Berbalik cerita saya sampai ke JIM, saya isi banyak borang antaranya hutang hutang yang ada di tempat lain, aset yang ada (yang ATAS NAMA SAYA) dan pendapatan bulanan, saya TERKEJUT apabila saya hanya perlu membayar MINIMUM RM100 sebulan utk SEMUA HUTANG HUTANG yang saya sebut tadi. MANA NAK CARI TEMPAT hutang beratus ribu banyak tempat TAPI HANYA BAYAR 100 je sebulan???

Hanya JIM saja boleh lakukan itulah MAGIK AKTA BANKRUPSI NI. Dan saya mungkin bernasib baik kerana saya tinggal dirumah yang bukan atas nama saya TAPI AYAH SAYA dan kereta kedua yang saya pakai adalah atas nama abang saya dan kereta tu dah tiada ccm di bank. JIM hanya mengambil alih aset yang tertulis hitam putih atas NAMA ANDA SAHAJA. Aset harta isteri ke mak ayah ke keluarga ke MEREKA TAK GANGGU PUN, EPF mereka tak ambik pun, dan jika anda ada barang bernilai pun mereka tidak akan ganggu KECUALI jika barang anda tu bernilai RM5000 ke atas, jadi setakat hp Samsung S5, Lenovo , Sony ke apa, TV 29 inci plasma mereka tak ambik pun..

Memang status bankrupsi ni banyak SEKATAN tapi ia BUKAN SEKATAN MACAM DINDING PENJARA TU. Contoh diri saya, gaji saya pada bulan tu kira BURN HANGUS kerana akaun telah di close TETAPI saya dibenarkan buka akaun baru di bank lain untuk kemasukam gaji bulan seterusnya, bukan susah pun, saya mohon kebenaran buka akaun tu dalam dua jam je saya da dapat surat kebenaran buka buku akaun baru di maybank pada hari tu juga saya pergi (knp maybanK?sebab pegawai JIM tu yang cadangkan, Maybank dan Public bank tak cerewet sangat nak buka buku akaun org bankrup berbanding bank lain).

Saya beritahu bolehkah saya part time berniaga atas lesen mak saya dan dalam masa sama saya teruskan kerja saya sebagai sekuriti, TIADA MASALAH PUN, dalam beberapa jam dah dapat kebenaran tu setelah isi borang tertentulah..tak susah pun pegawai JIM akan tunjuk ajar A-Z. Ada tak faham tanya je. Majikan saya tidak tahupun hingga hari ni saya adalah bankrup kerana saya bukan kerja di bahagian pembuat keputusan atau kewangan (bagi kerja kerajaan mereka ada sistem sendiri yang automatik ketua Jabatan tahu status kewangan penjawat awam tu), saya acah acah je buat surat kepada kerani saya nak tukar akaun gaji kerana tempat tinggal saya terdekat adalah Maybank dan saya nak guna sistem e-banking.

Kadang kadang antara sebab majikan tahu status kita ni bila kita tak hadirkan diri ke JIM setelah dibankrupkan, jadi pegawai pegawai JIM tu akan cari lah KITA ke rumah dan tempat kerja, so tahu je dah bankrup cepat cepat pergi JIM jangan bertangguh. Pegawai JIM tu sendiri ada cakap sebenarnya kebanyakan TOKEY TOKEY berbangsa Cina lebih suka bankrupkan diri bila dah tak mampu bayar pinjaman yang berjumlah ratusan ribu atau jutaan ringgit mereka rela hati membankrupkan diri sendiri sebab jika ke AKPK pun macam kes saya minimum kena bayar pun rm900 lebih sebulan,mana nak cari duit setiap bulan macam tu dah lah gaji 1200 je, tapi di JIM saya hanya bayar MINIMUM RM100 je nak bayar lebih pun tak apa..berbanding melayu kebanyakan melarikan diri dan MASALAH tu tak selesai malah jadi lebih buruk… dan JIKA anda beri kerjasama, patuh setiap syarat dan lancar bayaran ke JIM, 5 tahun ke atas anda boleh mohon ke ketua pengarah JIM untuk pelepasan bankrup, jika LULUS anda seperti budak baru abis SPM dah tiada hutang zero suci dan murni (tapi nak buat loan apa apa lepas tu memang tak dapat lah, dah ada REKOD, tapi dah rasa serik berhutang rasa nya TIADA SIAPA nak terjerumus dalam hutang lagi ye tak),

OK, saya TAK SARANKAN ANDA BANKRUPKAN DIRI, bankrup ni jalan terakhir BILA DAH BENAR BENAR TAK MAMPU DAH BAYAR ATAU/MELAYAN AGEN AGEN PENGUTIP HUTANG, berundinglah dulu dengan pemiutang anda, paling penting jika DAH TAHU STATUS BANKRUP TERUSLAH KE JIM jangan berlengah, JIM akan jadi SEAKAN PERISAI kepada kita dari gangguan ugutan ejen ejen pengutip hutang dan macam kes saya selepas saya bankrup adalah satu ejen kutip hutang ni (mungkin dia belum update kes saya) telefon nak ugut tu ni jika tak bayar, saya biarkan je dia bcakap 4-5 minit, lepas tu saya jawab je SAYA NI DAH DI BAWAH JIM DAH STATUS BANKRUP, jika encik nak tuntut apa apa nak buat apa apa encik pergi je JIM tempat saya di tadbir….haaa terdiam ejen pengutip hutang, sebenarnya BANK atau mana mana pemiutang TAK SUKA PUN nak jatuhkan bankrup ni, sebab mereka TAK UNTUNGPUN. Contoh kes saya, RM100 sebulan bahagi kepada 7 pemiutang, tapi seorangg berapa je dapat sebulan??? Kos guaman lebih mahal dari return tu…

Itulah ejen2 pengutip hutang ni MENUNTUT hutang dah macam gangster ayat ganas gila sebab OBJEKTIF mereka anda mesti bayar mengikut BERAPA MEREKA MAHU KAN dan jika anda di bankrupkan MEREKA TERPAKSA AKUR dengan jumlah bayaran yang ditetapkan JIM…itu saja share cerita saya, saya tulis pengalaman ni pun sambil menghirup kopi yang wangi eheheh. INGAT BANKRUP BUKAN PENAMAT HIDUP. tq

Sumber : habniaga

Video – Hutang-Bankrap


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *