Inilah 4 tips utk ‘pilih’ lelaki yg terbaik dan boleh jadi calon menantu mak ayah anda …

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Terima kasih kepada Admin andainya artikel ini disiarkan. Sedikit ringkasan mengenai diri ini. Seorang lelaki, bujang, bekerja di dalam bidang professional, berumur 20-an dan masih dalam proses mengenali dan memahami kaum hawa. Untuk makluman semua, sebelum ini saya hanyalah silent reader di iiumc ni. Tetapi , disebabkan trending terkini di iiumc berkaitan portal mencari jodoh online, saya terpanggil untuk memberi sedikit sebanyak panduan kepada kaum hawa mencari lelaki yang sesuai dijadikan suami. #tilljannah.

Sekali lagi saya tegaskan, apa yang saya nak ceritakan di dalam iiumc ini hanyalah PANDUAN berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan saya , bukannya KITAB yang wajib diikuti untuk mencari jodoh ya! ALLAH S.W.T telah mengurniakan setiap insan akal dan fikiran untuk membezakan baik atau buruk sesuatu perkara, terpulanglah kepada anda semua untuk menilai apa yang bakal saya coretkan nanti. PANDUAN ini juga tidak mewakili kesemua lelaki di muka bumi ni, jadi untuk si lelaki , jangan terasa hati dengan apa yang saya cuba sampaikan di sini.

1 ) Mencari lelaki yang baik sekilas pandang di dalam profile nya?

Gambar penampilan di dalam profile sopan. i.e (baju menutup aurat walaupun sado, tak pakai short pants). Bayangkan, kalau aurat diri sendiri pun tak terjaga, macam mana si lelaki nak menjaga aurat si hawa & membimbing si hawa #tilljannah.

Lelaki yang humble selalunya tak suka tunjukkan harta kekayaan dia di SocMed, sebab bagi pendapat saya, kalau perempuan pilih saya sebab harta kekayaan, bilamana semua tu ditarik balik ataupun dah takde, kemungkinan saya akan ditinggalkan (ditujukan bukan kepada semua perempuan).

2 ) Mencari lelaki yang solat, mengaji, beriman dan beramal soleh?

Si Lelaki yang tidak tinggal solat ; Si HAWA, tolonglah buat penilaian kepada si lelaki pada waktu pertama kali keluar berjumpa :

Tolonglah tetapkan tempat perjumpaan yang mempunyai akses surau atau tempat solat. Sebab apa? sebab, bila masuk waktu solat, lelaki itu akan ajak ke surau untuk tunaikan solat ataupun sebaliknya.

Tetapkan waktu perjumpaan sebelum Zohor hingga waktu Asar @ Maghrib hingga Isya’. Sebab apa?

Sebab, lelaki yang solatnya cukup 5 waktu akan resah gelisah untuk solat apabila tiba waktunya dan lelaki yang solatnya jarang, tak kan rasa apa-apa sangat kalau terlepas waktu solat. Kan Si Hawa nak suami yang menjadi imamnya.

Dah lepas bab solat, uji bab ilmu agama serta amalannya ;

Lelaki yang sukakan ilmu agama, akan sentiasa mengaji dan mendengar ayat-ayat Al-Qur’an samaada di radio ataupun di Handphone ; macam mana nak quick check dia sukakan ilmu agama ataupun ingin berubah menjadi lebih baik?

Bila naik kereta si lelaki, cuba check channel radio, ada channel IKIM.fm tak? Frekuensi IKIM.fm utk Lembah Klang (89.0). Di IKIM.fm ni, ada slot motivasi pagi, alunan surah Al-Qur’an, zikir dan macam2 lagi.

3 ) Mencari lelaki yang tak merokok?

Kalau lelaki tu merokok, memula masuk kete dia pun dah boleh hidu dah asap rokok tuh.

Kemudian, lelaki yang merokok ni akan cari rokok lepas makan. Ni pengalaman kawan-kawan yang merokok, ntah betul atau tak, kena tanya perokok tegar. Jadi, kalau Si Hawa tanak lelaki perokok, lepas makan tuh, boleh tengok lelaki tu bangun untuk pergi cucuh rokok atau tak? Worst part, lelaki tuh cucuh rokok depan si Hawa, sebab dia nak membahayakan kesihatan bersama-sama si hawa. Kalau jumpa lelaki macam ni, lepas tu masih nak bersama, hamba no komen.

Nak uji lelaki tu merokok ataupun tak? Si Hawa tryla offer untuk belanja si lelaki rokok. Si perokok ni, memang sangat teruja dan suka kalau dapat rokok free, try la.

Lelaki yang tak merokok bukannya golongan kunyit yer, =). Kami yang tak merokok ni sebab taknak bakar duit RM1 untuk sebatang rokok dan kami sayangkan kesihatan diri sendiri serta orang sekeliling.

4 ) Mencari lelaki yang rajin, kemas dan bersih?

Lelaki yang rajin – Bangun solat subuh, lepas Subuh terus pegi keje, ataupun pegi jogging ataupun sentiasa ada aktiviti untuk dia buat. Dari sini pun dah boleh menilai, kalau seseorang tuh Subuh pun tak bangun, apa kata anda???

Lelaki yang bersih, jarang nak biarkan dalam kereta dia kotor dan bersepah. Memula masuk kete lelaki tuh, boleh boleh pemantauan kebersihan kete dia.

Kalau Si lelaki menumpang kete Si Hawa, lelaki ni akan mengetuk kasut di luar kete si Hawa, sebabnya mmg habit dia untuk tanak kotorkan kete orang lain. Mohon Si Hawa bagi perhatian kat situ,

Sudah tentu la, lelaki yang kemas akan pakai perfume bila keluar sebab tanak bau busuk badan dia ganggu ketenteraman orang lain.

Inilah dia 4 panduan ringkas untuk PENILAIAN PERTAMA si Hawa kepada seorang lelaki. Pilihan di tangan anda, terpulanglah kepada masing-masing sama ada nak ikut panduan ni ataupun tanak.

Pilihan di tangan anda. Berhati-hati dalam memilih pasangan masing-masing.

Assalamualaikum.

– Jejaka Online via IIUMC


2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*