Ini cara ‘simple’ buat ayam goreng rasa ala KFC. Mudah & berbaloi utk seisi keluarga

Sementara nak masuk gaji bulan baru ni kadang-kadang teringin juga nak makan KFC kan ? Nak pulak anak-anak merengek nak ayam goreng.

Jadi, kalau kurang budget bulanan tu, boleh la try masak sendiri.  Stok ayam pun banyak lagi kan ? Kat kedai kalau nak makan kena la sedia RM50 ke atas kalau makan sekeluarga.  Tu pun baru dapat sorang seketul agaknya.

Jadi kali kami nak share perkongsian daripada Puspa Hanim yang katanya pertama kali mencuba memang dapat rasa macam ayam KFC

So, apa lagi …

Ini cara dan resepi ayam KFC yang sangat sedap dan jimat. Anak-anak dan satu keluarga mesti suka. Tak perlu lagi nak beli ayam-ayam segera haih. Jom jimat!!!

Resipi Ayam goreng ala KFC

Bahan-bahan perap :

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada hitam
  • Serbuk cili
  • Kunyit
  • Kuib ayam
  • Sedikit garam

Blender semua n perap ayam 30 minit ke atas

Tepung goreng :

  • Tepung gandum +
  • Tepung jagung +
  • Sesudu kecil soda bikarbonat

Cara2 goreng :

Celup ayam dlm telur n golek sepenuh yer dalam tepung kemudian bolehlah goreng

(ayam wajib tenggelam dalam minyak )

Jom mkn !

Sumber : koleksi resepi viral


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *