Ikut 3 langkah ini utk lawan iblis ‘Khanzab’ yg suka sangat kacau kita masa tgh solat

Biasa terjadi apabila sedang solat mulalah belegar-legar bermacam-macam perkara didalam kepala. Susah untuk fokus dan mencapai masa khusyuk ketika solat.

Seorang ustaz pernah berkata, ‘khusyuk dalam solat itu rezeki’.

Solat lazimnya bukan sahaja aktiviti fizikal yang membuatkan kita berdiri, kemudian ruku’ dan duduk, malah ia juga adalah aktiviti mental yang melibatkan otak.

Daripada aspek Sains, apabila seseorang itu solat tanpa khusyuk, otak bahagian prefrontal cortex (PFC) masih terus aktif. Dikatakan, semua aktiviti dunia berlari diminda seperti tayangan movie. Namun, apabila solat dihadirkan dengan hati dan minda yang khusyuk, kajian membuktikan bahagian PFC otak kelihatan senyap dan sunyi.

Ini menunjukkan solat dengan khusyuk beri kesan luar biasa pada otak. Untuk mencapai khusyuk solat, seseorang itu perlu duduk dalam keadaan yang selesa dan bernafas dengan betul untuk terus fokus.

Daripada aspek Islam pula, setiap kali umat Nabi Muhammad S.A.W. ini solat, akan hadir Iblis yang bernama Khanzab yang tugasnya hanya untuk mengganggu orang beribadah.

Mulalah lupa rakaat, ingat perkara-perkara yang tidak penting dan terasa gatal anggota badan.

Perkongsian daripada Twitter

Perkongsian daripada Alif menerusi akaun Twitternya mungkin dapat membantu kita dalam mencapai khusyuk solat tanpa fikirkan yang bukan-bukan atau lupa bilangan rakaat sepatutnya.

Sedikit perkongsian tentang solat.

Waktu tak solat, takde ingat apa apa, time solat je macam macam benda masuk kat kepala.

Jadi aku nak bagi sikit perkongsian untuk kita menjadi husyuk ketika solat tanpa fikiran yang bukan bukan semasa kita solat

Meh sini aku nak cakap sikit… Bila kita solat, akan hadir Iblis bernama Khanzab.. Dia ni kejenya memang mengacau orang solat.. Kita akan teringat benda2 tak penting, pastu terlupa rakaat, pastu dia timbulkan keraguan kita kentut ke tak.. macam kentut, macam tak..

Nabi SAW ada berpesan yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad pasal benda ni… Kalau kentut, pastikan telinga kita dengar bunyi dan ada bau.. Kalau takde, tu si Khanzab nyer kejer le tu… Kalau teringat benda-benda kat luar solat, tu kerjar si Khanzab jugak… Jahat kan dia ni?

Cara nak lawan si Khanzab ni

[1] Baca Ta’awuz (A’uzubillahiminassyaitonnirrojim)
sebelum solat pastu ‘ludah’ ke kiri 3 kali (syarat meludah je… Bukan ludah dgn kahak-kahak sekali keluar)
[2] Baca Ayatul Kursi 1 kal
[3] Baca Surah an-Nas 1 kali

Pastu boleh niat dan teruskan solat…

Cuba fahami maksud ayat-ayat bacaan solat tu… Sebab tu kita kena belajar… Apa tafsiran aA-Fatihah, surah-surah yang kita baca, bacaan waktu ruku’, i’tidal, sujud dan lain-lain…

Jadi sambil kita baca, kita faham…

Bukan hafal dan baca tegak je.. makin senang ler si Khanzab ni nak mengacau… Ok, pasni cuba taktik ni…

Tengok siapa menang, kita atau shaitan ?

Insha-Allah

Sama sama kita kongsi dgn yg lain…

Sharing is Caring
I love my family

Dossa yang paling besar, yang paling banyak dan sering dilakukan manusia pada hari ini dan hampir ada didalam setiap rumah ialah dossa Meninggalakan SOLAT

Sumber: Ais Limau via RM

Saksikan Video YouTube Ustazah Norhafizah Musa – Cara Mendapat Khusyuk Dalam Solat


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*