Ini cara terbaik cuci kerang & siput sedut. Kalau tak bersih perut meragam pulak nanti

Keracunan makanan berlaku tanpa kita duga. Makanan berbentuk cengkerang seperti kerang dan siput sedut dan rangkaian siput lain paling berisiko terdedah dengan pelbagai kotoran.

Mana tidaknya, kotoran yang tertinggal di dalam cengkerang ini jika tidak dibasuh dengan bersih boleh mengakibatkan keracunan makanan dan pada tubuh kita. Jika tidak pun, ada kesannya pada tubuh kita jika tidak dibasuh dengan bersih.

Selain membasuh cara biasa, ada banyak lagi kaedah lain bagi memastikan kerang dan siput sedut dapat dibersihkan dengan bersih dan selamat untuk dimakan. Bagaimana?

Hampas Kelapa

Bagi seput sedut, gunakan hampas kelapa yang sudah digunakan dan gaulkan bersama siput sedut ini. Ini cara pembersihan paling praktikal dan selamat untuk membersihkan siput sedut. Biarkan selama 30 minit dan kemudian bilas seperti biasa sebelum dibasuh.

Pilih Yang Segar

Baik siput sedut atau kerang pastikan kedua jenis makanan ini dibeli yang masih lagi segar. Jika sudah berbau baik jangan dibeli. Selamat. Selain itu nak pastikan kedua cengkerang ini masih lagi segar adalah dengan mengetuk cengkerang kerang pada permukaan mendatar dengan lembut.

Jika kerang itu tidak tertutup dalam masa beberapa minit atau kerang tersebut pecah dan rosak, kerang itu bukanlah kerang yang segar. Ketika merebus kerang, jika kerang tidak terbuka ketika dimasak, ia menunjukkan kerang itu sudah tidak segar atau sudah rosak. Buangkan sahaja kerang tersebut.

Rendam Garam

Garam memang banyak kegunaannya. Bagi kerang dan siput sedut, kedua jenis cengkerang ini haruslah direndam ke dalam air garam bagi membersihkannya. Bukan hanya bersih malah dapat buang segala racun dan bakteria yang terdapat di dalamnya.

Tos Kali Kedua

Apabila selesai merendam, keluarkan kerang sedikit demi sedikit dan toskannya semula. Jangan keluarkan kerang sekaligus kerana mungkin pasir akan tercampur sekali. Cuci kembali kerang yang dikeluarkan di bawah air yang mengalir.

Guna Serai

Anda juga boleh mengunakan beberapa batang serai yang ditumbuk. Caranya ialah dengan menggaulkan batang serai tadi bersama kerang di dalam air. Biarkan selama 10 minit dan toskan. Hasilnya, kulit kerang akan lebih bersih.

Okay, sebelum tu ni ada lagi satu tips ye !  Tapi pasal buah rambutan pulak.

Risau Batuk Sebab Makan Buah Rambutan, Ini Cara Terbaik Elakkannya!

Kalau nak elakkan panas badan selepas makan buah durian, orang tua-tua selalu pesan supaya minum dalam pangsanya. Namun berbeza pula dengan buah yang paling manis lagi merah meranum ini, iaitu buah rambutan.

Ramai orang takut nak ambil buah rambutan berlebih-lebihan, bimbang masalah batuk. Bagi yang takut dan khuatir batuk berpanjangan, apa kata cuba cara yang dikongsikan wanita ini di facebooknya.

Menurut Muna Masrur, petua ini memang mujarab. Jadi penggemar buah rambutan jangan lupa cuba petua ini.

Hidup dah lebih 20 tahun, baru tau rambutan ada banyak jenis keturunan. Yang ku tahu rambutan merah, rambutan kuning saja.

Baru baru ni mak sedara bagi rambutan nama nasab keturunannya, rambutan gula batu. Warnanya merah pekat ala maroon, buahnya manis ya amat. Isi dan biji tak lekat bila dimakan.

Aku mula takut nak makan. Takut batuk-batuk. Maklumlah baru saja baik dari batuk dan selsema. Orang tua tu paksa juga aku cuba.

Kata dia, “alah kau jangan takut la makan rambutan ni. Petua tak nak batuk, kau kopek dulu buah ni, lepas tu kau basuh dengan garam. Garam halus. Basuh lama-lama sikit. Lepas tu boleh la makan. Tak habis makan, simpan dalam tupperware. Letak peti sejuk.

Di rumah aku cuba lah petua ni. Alahai memang sedap manis, terasa sampai ke anak tekak. Isi dia tak buat gigiku menyelit. Isinya padat. Terasa ranggup bila dikunyah.

Entah kebetulan atau petua ni memang mujarab, tak pulak kena batuk walau berisi isi rambutan masok perut. Alhamdulillah

Ok. Sekian petua nak elak batuk makan rambutan. Boleh la akak-akak cuba.

Kredit : Multi Siahaan

Caranya :

  • Kopek buah dan asingkan isinya.
  • Basuh buah rambutan dengan garam halus dan biarkan direndam sekejap.
  • Bolehlah dimakan seperti biasa.

Sumber : rojakmedia.net


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*