Jom buat udang kering yang confirm bersih dan halal. 100%. Mudah dan cepat.

Dengan banyak isu yang timbul sekarang berkaitan kebersihan makanan, jadi kita sebagai pengguna semestinya mahukan yang terbaik dalam setiap masakan terutama masakan yang menggunakan udang kering.

Walaupun udang kering banyak terdapat di pasaran , tapi mencari yang halal dan pastinya bersih menjadi satu cabaran besar. 

Selepas ini , kalau anda nak buat masakan udang butter ke , atau mahu memasak resepi udang masak merah , tinggalkan sedikit untuk dibuat udang kering kan.

Jenis udang yang sesuai digunakan adalah jika anda mahu yang kecil dan enak rasanya , gunakan udang kecil atau yang jenis berkulit keras jika mahukan sederhana. Harga udang sekilo sekitar RM10 – RM15 .

Cara mudah membuat udang kering halal dan bersih

Pertama sekali untuk buat udang kering , rebus udang di atas dapur dan tambahkan seidikit garam . Untuk sekilo udang , hanya gunakan satu cawan air sahaja. Selepas selesai proses merebus , jemur udang di kawasan panas dalam tempoh sehari memandangkan negara kita sedang dilanda kepanasan melampau.

Bila dah kering , masukkan udang tadi ke dalam plastik dan ramas sehingga kulit udang tertanggal . Jangan dibuang kulit tu kerana antara khasiat kulit udang adalah menjadi  baja organik kepada tanaman sayuran anda.

Simpan  di dalam bekas kedap udara dan bila anda mahu menggunakan pada bila bila masa, hanya ambil dan guna. Memang sangat senang kan bila dah tahu cara buat udang kering.

Yang penting, halal dan bersih .

Selamat mencuba

Sumber : daridapur


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*