Rugi tak buat. Ini penjelasan bgmana ‘BERZIKIR’ dpt meningkatkan kemampuan otak kita.

Zikir merupakan suatu amalan yang sangat disarankan dalam Islam. Siapa yang berzikir mengingati Allah, maka ketenangan akan diperoleh. Ini adalah janji Allah SWT. Manfaat serta ganjaran bagi mereka yang berzikir dicatatkan di dalam al-Quran dalam Surah al-Ahzab, ayat 35.

MENDAPAT KEAMPUNAN DAN PAHALA YANG BESAR

وَالذَّاكِرِينَ اللَّـهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّـهُ لَهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar) Surah Al-Ahzab, Ayat 35.

Zikir boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana-mana

Perbualan antara Rasulullah SAW dengan seorang Badwi tentang kepentingan zikir turut dicatatkan dalam riwayat di bawah:

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُسْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ أَعْرَابِيًّا قَالَ لِرَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ شَرَائِعَ الْإسْلَامِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيَّ ، فَأَنْبِئْنِيْ مِنْهَا بِشَيْءٍ أَتَشَبَّثُ بِهِ؟  قَالَ : لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللهِ

Dari ‘Abdullâh bin Busr RA berkata:

“Seorang Badwi datang kepada Nabi SAW kemudian berkata, ‘Wahai Rasulullah sesungguhnya syariat-syariat Islam sudah banyak pada kami. Beritahukanlah kepada kami sesuatu yang kami boleh berpegang teguh kepadanya?”

Nabi SAW bersabda:

“Hendaklah lidahmu sentiasa berzikir kepada Allâh Azza wa Jalla”

Zikir Mampu Menurunkan Gelombang Otak

Menurut Dr Rizal Abu Bakar iaitu pengasas kepada modul Otak Cerdik Otak Cantik :

Berzikir mampu meningkatkan aktiviti otak. Sebagai contoh adalah zikir Asmaul Husna. Apabila anda membaca zikir tersebut ia mampu menurunkan gelombang otak. Kesannya adalah pada bahagian otak di belakang dahi yang dikenali sebagai Prefrontal Cortex (PFC). PFC umpama induk bagi otak manusia.

Zikir juga dikesan dapat mengalihkan aktiviti otak dari bahagian yang memproses bahasa ke bahagian yang memproses emosi.

Lakaran Otak Manusia

Zikir Meningkatkan Kemampuan Memori

Hippocampus merupakan bahagian yang dirangsang oleh zikir. Bahagian ini berfungsi untuk pembentukan memori baru serta pertukaran memori jangka masa pendek (Short-term memory) ke memori jangka masa panjang (Long-term memory).

Kajian mendapati otak mereka yang mengidap masala Alzheimer berlaku pengecutan pada Hippocampus.

Aktiviti pada bahagian Posterior Cingulate Cortex juga meningkat dengan berzikir.

Bahagian ini membekal motivasi. Is sangat penting kepada manusia.

Gambar Hiasan

Sesuatu amalan yang dianjurkan di dalam Islam sudah tentu mempunyai manfaatnya walaupun sesetengahnya tidak dapat ditemui jawapannya melalu kajian saintifik.

Namun sebagai umat Islam, kita harus percaya dan yakin atas apa yang Islam anjurkan itu sudah pasti adan manfaatnya.

Semoga kita terus berzikir dengan penuh istiqomah. Wallahu a’lam.

Sumber: kecoh.info via sukaviral

Lapangkan Rezeki Dengan Bacaan Zikir Ini 100 Kali

Rasulullah SAW banyak mengajar bacaan dzikir kepada umatnya untuk diamalkan. Salah satunya adalah dzikir “La ilaha illallah al malikul haqqul mubin” yang bermaksud “Tiada tuhan selain Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata

Imam Al Baghdadi dalam kitab hadits Tarikh Baghdad meriwayatkan dari Imam Malik, Perawi Abu Nuaim meriwayatkan dari Sahabat Ali Radhiyallahu ‘Anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

مَنْ قَالَ لَا إِلهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ فِي كُلِّ يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَ لَهُ أَمَانًا مِنَ الْفَقْرِ، وَيُؤْمَنُ مِنْ وَحْشَةِ الْقَبْرِ، وَاسْتُجْلِبَ بِهِ الْغِنَى، وَاسْتُقْرِعَ بِهِ بَابُ الْجَنَّةِ

Yang Bermaksud:

“Barangsiapa membaca ‘La ilaha illallah al malikul haqqul mubin’ seratus kali dalam sehari maka memperoleh jaminan aman dari kemiskinan, diselamatkan dari dahsyatnya kubur, dan terbuka untuknya pintu-pintu surga.”  (HR. Abu Nuaim dalam bab Shifah al-Jannah, Al-Khatib al-Baghdadi di Tarikhnya: 12/358-359)

Amalkan zikir seperti yang dinyatakan 100 kali setiap hari

Mufti Jakarta Habib Utsman bin Yahya menjelaskan,

“La ilaha illallah. al-malikul haqqul mubin. Muhammadur Rasulullah Ash-shadiqul Wa‘dil Amin” merupakan kalimat yang tertera di pintu Ka‘bah. Sesiapa yang membacanya, akan mendapat pahala yang agung di sisi Allah”

Imam Abu Bakar bin Sayid M Syatho Dimyathi dalam kitab Hasyiyah I‘anatut Thalibin ala Fathil Mu‘in juga menerangkan:

وردت عن النبي صلى الله عليه وسلم في أحاديث صحيحة كثيرة، أمر بها بعض أصحابه لتوسعة الرزق، وقال بعض العارفين: وهي مجربة لبسط الرزق الظاهر والباطن، وهي هذه: لا إله إلا الله الملك الحق المبين، كل يوم مئة مرة

Tersebut dalam banyak hadith sahih sebuah riwayat di mana Nabi Muhammad SAW memerintahkan sejumlah sahabatnya untuk mengamalkan bacaan ini demi memperlapang rezeki. Sebagian ‘arifin mengatakan, amalan ini teruji dalam melapangkan rezeki lahir maupun batin. Bacaan yang dimaksudkan ialah “La ilaha illallah al malikul haqqul mubin” setiap hari sebanyak 100 kali.

Kalimat La ilaha illallah. al-malikul haqqul mubin, ada tertera di pintu kaabah

Banyak Syaikh yang melazimkan zikir ini saat di antara solat sunnah Subuh dan solat Subuh. Jika kesempatan itu tak memungkinkan, maka mereka akan membacanya setelah solat Subuh hingga sebelum fajar menyingsing.

Jika di waktu itu luput juga, maka bacalah setelah matahari gelincir (penanda masuknya waktu Zohor). Kalau boleh setiap hari tiada sesiapa yang gagal membaca zikir ini.

Rezeki yang dimaksud dalam hadith di atas menrangkumi rezeki dzahir dan batin. Maksudnya, tidak ada salahnya jika zikir yang agung ini diamalkan oleh umat Islam. Yang jelas, amalan ini menambahkan pahala yang berkaitan.

Marilah sama-sama kita amalkan zikir sangat mudah ini dan semoga bermanfaat. Wallahu A’lam.

Sumber : Kabar Makkah via sukaviral


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*