Geletek anak boleh menyebabkan sakit jantung ? Mitos atau fakta. Ini jawapannya

Ada satu post di internet yang menyatakan bahawa anak boleh kena serangan sakit jantung jika kita menggeleteknya.

Post ini bukanlah memberi saranan untuk anda menggeletek anak-anak anda. Tetapi lebih kepada memberi fakta yang sebenar mengenai perkara tersebut.

Post itu seperti dibawah:

Tak Nak Geletek Anak Lagi Dah Lepas Ni

Jangan geletek anak,itulah amaran yang diberikan oleh orang tua tua dulu,sebenarnya ramai artikel yang mengingatkan kitauntuk tidak menggeletek anak dan mencucuk pinggang kawan. kenapa?

Alasannya menggeletek kanak kanak boleh jadi berbahaya sebab mereka tidak boleh menyuruh anda untuk berhenti,jantung mereka akan berdengup lebih kuat dan pernafasan boleh berubah hingga mengakibatkan mereka terkena serangan jantung.

Seperti yang pernah perlaku kepada seorang budak bernama alya,dimana ibunya menggeleteknya di bagian pinggang dengan niat bergurau dan bermanja.

Namun siapa sangka gurauan itu berubah menjadi ngeri apabila Alya yang tergolek golek tiba tiba kejang dan suara tersekat sekat.Ketika itu ibunya hanya mampu menjerit meminta tolong suaminya,namun anak mereka bernasib baik masih bisa di selamatkan selepas mendapat perawatan pakar.

Mengulas tentang Cucuk pinggang kawan, boleh buat terkesan pada mental mereka,Selalunya dalam masyarakat melayu ramai orang suka cucuk pinggang kawan atas sekadar bergurau buat kawan itu melatah.

Dari segi Pisiologi hal ini di terangkan berkait dengan responsive saraf-nervous system, dan kesannya bila kita kena cucuk pinggang sangat berbahaya,signal yang dihantar ke otak bila kena cucuk Adalah response kawan anda untuk mempertahankan diri yang menyebabkan mangsa panik akibat kejutan.

Kejutan inilah yang membuat jantung terkejut dan degupan akan menjadi cepat secara tiba tiba,bila situasi ini dibuat berulang kali,besar kemungkinan mangsa akan terkena serangan jantung.

Ada beberapa persoalan daripada post tersebut dan kami akan cuba menjawab.

1) Kanak-kanak boleh terkena serangan sakit jantung jika kita menggeletek mereka?

Jawapan kami:
Perlu difahami bahawa serangan sakit jantung yang selalu doktor katakan diistilahkan sebagai ACUTE CORONARY SYNDROME.

Drpd pada perkataan itu adanya istilah ‘coronary’. Coronary artery merupakan saluran darah yg terdapat pada jantung. Jika saluran darah ini mempunyai masalah seperti adanya kolesterol terenap pada dinding saluran darah tersebut dan menyebabkan sumbatan ataupun separa tersumbat, ketika itu barulah kita katakan dia mempunyai serangan sakit jantung ataupun ACUTE CORONARY SYNDROME.

Perkara ini jarang berlaku pada kanak-kanak. Ini kerana saluran darah kanak2 selalunya tidak mempunyai kolesterol yang terenap.

2) Dalam post tersebut juga menyatakan bahawa ada seorang kanak-kanak yang menjadi kejang apabila digeletek. Dikatakan itulah serangan sakit jantung

Jawapan kami:
Kejang ataupun sawan bukanlah simptom sakit jantung secara amnya. Sakit jantung selalunya melibatkan sakit dada sebelah kiri, boleh jadi sakit ulu hati dan/atau merebak ke tangan sebelah kiri.

Ia juga mempunyai lain-lain simptom seperti  jantung berdebar-debar, sesak nafas, berpeluh dengan banyak dan beberapa simptom lain. Jarang seseorang yang mempunyai sakit jantung mendapat sawan.

3) Menggeletek orang lain secara berulang kali boleh menyebabkan serangan sakit jantung??

Jawapan kami:
Serangan sakit jantung(Acute Coronary Syndrome) mempunyai faktor risiko(Risk factor). Sebagai contoh perokok, lelaki, mempunyai kolesterol yang tinggi, kencing manis, darah tinggi dan beberapa perkara lagi. Faktor-faktor inilah yang akan membuatkan seseorang itu boleh terkena serangan sakit jantung.

PERBUATAN MENGGELETEK TIDAK TERLETAK DALAM FAKTOR RISIKO YANG MENYEBABKAN SESORANG TERKENA SERANGAN SAKIT JANTUNG

Kesimpulan

  • Menggeletek bukanlah punca kepada serangan sakit jantung pada kanak-kanak mahupun orang dewasa
  • Tetapi kami nasihatkan, janganlah geletek kanak-kanak ataupun orang dewasa. Kesian diorg geli
  • Harap jawapan ini menjawab persoalan anda

Sumber : rootofscience


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*