16 hari tak tengok rumah. Deco flat lama jadi macam kondo. Hasilnya memang WOW !

PANGSAPURI LAMA JADI KONDO

“Encik Annuar, tahan Puan Nisa dari post gambar projek makeover sampai siap tau. Berdebar saya. Saya ingat nak buat suprise kat diri sendiri dan suami”

16 hari projek makover Dekor-dekor cinta.

16 hari itu juga mereka menahan sabar untuk buka dan masuk rumah sendiri. Dan di sepanjang tempoh itu mereka berkorban menyewa di unit yang lain. Sanggup dan jujur, akhirnya mereka dapat balasannya. Suprise!

Sebaik selesai Azan Isyak semalam, kesabaran yang teruji membuak dan kejujuran itulah akhirnya menjuraikan air mata gembira buat empunya rumah dan keluarganya. Sebak! MasyaAllah!! Saya juga turut sebak dan ternangis juga.

Terima kasih Kak Subaina Muhamad kerana sangat berbesar hati dan sudi memanggil kami untuk buat transformasi kediaman mereka walau hanya kenal di facebook saja. “Saya ikuti puan Nisa sejak puan post tentang pengurusan baju di facebook”. Ya ampun! Baru lagi post tu. Tak sampai setahun.

Namun sebab post itu, Allah bukakan hati Puan Subaina untuk gigih panggil kami ke rumahnya dan percaya penuh pada kami. Sungguh kami sangat ‘memilih bulu’ untuk datang buat makeover. Semua ini Allah yang sudah merancang segalanya. Kami hanyalah petugas untuk dekor-dekor cinta buat semua.

Antara kriteria yang kami pilih ialah rumah yang sangat perlukan bantuan, tuan rumah yang sanggup membuat pengorbanan dan pelaburan, dan kepercayaan yang sangat tinggi kepada kami tanpa was-was dan tanpa bersyarat.

Puan Subaina memenuhi kriteria kami. Banyak juga kami pelajari dari keluarga ini.

Keluarga yang baik dan mahukan lebih banyak kebaikkan hadir dalam hidup mereka

Suami isteri yang sanggup kumpul duit dan melabur untuk keselesaan dan pembangunan keluarga

Suami yang merestui apa saja niat isterinya dan sentiasa berikan sokongan

Anak-anak yang teruja pada kebaikkan dan pembaharuan. Baik, beradab dan kreatif.

Saya jumpa banyak bingkai gambar kenangan keluarga dari anak satu sampai anak 3 lalu saya pamerkan semula.

Saya juga jumpa 10 buah tabung dalam rumah ini termasuk tabung berlabel “sedekah” dan tersapat banyak sampul dan jadual tentang pengurusan kewangan.

“Biarlah Puan Nisa dan Encik Annuar yang tolong buatkan apa yang kami tak pandai buat. Saya berhajat sangat nak hidup selesa dan terurus. Saya sebenarnya kumpul untuk pergi umrah, tapi bila fikir balik nanti balik pun rumah masih sama. Jadi tak apalah, nanti duit umrah kumpul semula”

Ya Allah! Kau nampak tak usaha mereka untuk menjadi hambamu yang lebih baik.

Ya Allah, kau gandakanlah semula rezeki mereka anak beranak. Mereka usaha kepada sebuah kehidupan yang lebih baik. Semoga setelah kau izinkan keindahan di rumah mereka, kemudian kau izinkan juga keindahan rumah mereka di taman syurga. Jemputlah mereka ke rumahmu dalam keadaan yang paling bahagia.

Semasa buat kerja-kerja dalam rumah ini, saat menumpang solat dan makan, kami mendoakan agar kehidupan tuan rumah dan seisi keluarga akan bertambah bahagia selepas itu. Sentuhan demi sentuhan kami sentuh dengan hati.

“Puan Nisa, maaflah kalau budget saya tak besar. Ramai orang kata dengan saya budget ini taklah boleh dapat rumah yang hebat. Tapi dapat selesa sikit pun tak apalah”

Allahu. Berderai jantung saya mendengar.

Sungguh! Allah yang menghantar saya ke sini.

Ilham? Sungguh Allah yang bagi.

Kalian mungkin nampak macam mudah sebab hanya lihat makeover yang tersedia. Disebalik tabir, kami bersujud meminta ilham yang Maha Esa.

Yang nampak mudah
Yang nampak ringkas
Itulah yang paling susah untuk difikirkan

Sebab itu ada pepatah mengatakan

“Less is more”

Memikirkan yang kurang itu lebih susah dari memikirkan yang banyak.

“Ya Allah! Tak sangka lukisan ini untuk saya” kata Puan Subaina yang mengikuti kisah pembikinan kanvas khat akrilik ini di fb saya pada bulan lepas.

Ha dan Ba disebut, Hubb. Bermaksud cinta.
Semoga cinta suami isteri dan anak beranak tersemai di sini jua.

Dan saya pula dapat suprise, anakanda Puan Subaina di asrama menghadiahkan kami 3 tanda nama gelang tangan “Mommy” “Daddy” “Decor”.
“Ini hadiah dari along”

Sebaknya. Moga along balik asrama nanti, rumah ini akan jadi rumah yang dirindui.

Terima kasih!

Khairunnisa Hamzah
#Mommydaddydecor
Dekor-dekor Cinta
13 Mac 2019

4 jam terakhir, kami sempat panggil bibik untuk datang bersihkan kediaman ini sebelum diserahkan sebaik azan Isyak. Kata bibik “Di luar nampak seperti rumah flat lama. Di dalam seperti Kondo, ya?”

Tonton Video Penuh Make Over Ini


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*