Nak rumah cantik ? Mummy share tips penting DECO rumah jd ‘Ala-ala Suite Hotel’

RUMAH JADI ALA-ALA SUITE HOTEL

Bila masuk rumah baru, kosong lagi, mungkin kita boleh jumpa ramai pakar hiasan dalaman di luar sana. Tapikan, tidak ramai yang suka buat makeover di rumah lama. Ini kerana keadaan rumah yang telah lama diduduki lebih renyah kerjanya. Ada yang dah tak relevan. Barang pula telah penuh dan sarat dari masa ke semasa. Rupa sedia ada telah konfiuskan pandangan kita dengan rutin harian di dalamnya.

Misi kami ialah untuk hasilkan dekorasi yang selesa dan mendamaikan. Bak hotel atau suite yang berada di rumah sendiri. Atau kini kami namakan sebagai Dekor-Dekor Cinta.

Bermula balik dari umrah pada Dec 2018 yang lalu, kami suami isteri sepakat untuk buat makeover suprise pada pasangan yang balik kampung berpantang, pasangan yang keluar outstation, anak yang duduk asrama dan buat orang tua yang sedang travel.

Dekor-dekor cinta dibuat untuk transformkan suasana sedia ada menjadi baru. Refresh semula. Tak perlu cari rumah baru tapi tukar dalam jadi baru. Semoga ia menjadi rumah yang dirindui oleh setiap ahli.

Setakat ini kami boleh bantu untuk sekitar lembah Klang sahaja. Untuk yang lokasi jauh, jika bersungguh mahu kami juga, boleh tapi kena tambah belanja kami tempat tinggal, tempat makan dan kos perjalanan ūüėā.

Option lain, boleh tempah lukisan rekabentuk 3d dari saya dan kemudian boleh rujuk lukisan ini dan buat sendiri di lokasi masing-masing.

Tempoh masa makeover di rumah masing-masing minimum ialah 14 hari, yakni 2 minggu. Maksimum tak tahu lagi. Tengok kapasiti kerja yang perlu dilakukan terlebih dahulu.

Budget? Pemilik kediaman yang sebutkan berapa banyak yang mereka sanggup laburkan. Bukan kami. Apabila dimaklumkan budget, kami akan keluarkan senarai untuk lihat sendiri apa item yang akan diperolehi.

Tapi jangan risau, hari ini saya terpanggil untuk kongsikan sedikit tips transform rumah jadi WOW buat semua pembaca:

1. SUSUNAN

Siapkan laluan. Contoh dari pintu masuk ke dapur, ada laluan tanpa halangan. Dari bilik tidur ke bilik air, juga tiada halangan. Dan dari dapur nak ke meja makan untuk hidang, dekat dan juga tanpa halangan. Sebaik dapat kenal pasti laluan, susun perabot di lokasi selain dari laluan. Pada laluan, kosongkan. Laluan yang mudah akan memberikan keselesaan pada pergerakkan setiap ahli rumah dan tetamu yang datang.

Untuk buat illusi optik atau kesan dramatik, boleh buat susunan luar biasa. Seperti gambar, sofa di susun melebihi dinding. Ia beraksi seperti pembahagi ruang. Namun ia masih belum mengganggu laluan. Kesannya, rumah nampak yang kecil ini nampak luas, kan?

2. PERABOT

Untuk rumah yang kecil, elakkan perabot bersaiz besar dan gelap. Dapatkan perabot yang mudah alih. Tapi labur sedikit wang untuk sofa. Ia akan jadi watak utama dalam rumah. Sofa yang selesa akan membuatkan penghuni rumah dan tetamu duduk lama. Seperti gambar, sofa boleh dilipat turun menjadi sofa bed. Siang kerusi, malam katil.

3. PELEMBUT

Pelembut akan bagi karakter pada rumah. Ini ramai orang terlepas pandang. Ia adalah perkara paling penting, bukan paling tak perlu kisah. Apa itu pelembut? Ia adalah yang menggunakan fabrik seperti langsir, bantal, dan karpet. Perkara paling perlu diingat ialah, apabila satu pelembut sudah bercorak, yang lain tidak perlu bercorak. Contoh, jika langsir bercorak, maka bantal kusyen dan karpet tidak.

4. WARNA CAT

Banyakkan cat putih untuk nampak luas. Rumah lama biasanya menggunakan cat berwarna krim. Warna kuning atau krim akan berikan rupa lama dan usang. Warna seperti merah, jingga dan pink jika digabung bersama akan jadi warna panas (warna api). Warna sejuk ialah seperti warna hijau dan biru (warna laut).

5. DINDING FOKUS

Untuk fokuskan dinding, pilih satu dinding yang mula-mula nampak sebaik masuk ruang tersebut. Atau pilih dinding yang aktif fungsi seperti dinding tv. Dinding fokus boleh diwarnakan dengan warna yang popup ikut kesukaan mata masing-masing. Tapi awas, elakkan warna merah menyala kerana ia akan mengundang sakit kepala. Jika malas cat, boleh pasang wallpaper atau 3d wall decor.

6. LAMPU

Lampu akan berikan kesan dramatik. Jika hanya ada lampu putih, ruang akan nampak jelas dan tiada fokus. Setiap sudut terang kelihatan. Jika sepah, ia akan jelaskan sepah itu dengan sangat nyata. Buka lampu kalimantang dan tukarkan dengan lampu beridentiti. Di dinding fokus, pasangkan spotlight. Di sebelah sofa dan katil bilik tidur, pasangkan lampu meja. Cahaya lampu pula ada 3 jenis: White, Warm dan Warm White. Untuk ruang yang perlukan mata nampak jelas, pakai putih. Jika bertujuan untuk berikan mood romantik dan rehat, pakai lampu warm.

7. AKSESORI

Aksesori adalah penaik seri. Aksesori yang berfungsi akan jadikan ruang lebih hidup. Misalnya aksesori jam, ia untuk melihat waktu terkini. Begitu juga dengan aksesori bingkai gambar, ia untuk mengembalikan nostalgia. Pasu untuk letak pokok hijau dan bunga. Ada juga pasu yang mencipta karakter dan suasana.

8. HIASAN DINDING

Dinding yang tidak dihias umpama ruang itu masih belum disiapkan. Ya, ruang nampak tak siap bila ia tiada hiasan dinding. Nak hias dengan apa? Hias dengan lukisan, kalimah, frame gambar atau arca. Masa gantung, pastikan ia di tengah-tengah dinding atau kelengkapan. Seperti di tengah-tengah atas kepala katil atau sofa. Gantungan letak aras mata. Begitu juga jika gantungkan cermin muka.

9. ALAS KAKI

Rumah yang selesa membuatkan penghuninya suka menghabiskan masa di rumah. Sebaik masuk rumah, sambut dengan alas kaki yang sedap dipijak. Di mana ada kerusi, di bawahnya letaklah alas kaki. Begitu juga di sebelah katil. Turun saja katil, ada alas kaki. Alas kaki boleh pilih sama ada nak pakai tikar getah, karpet, atau vinyl.

10. BAHARUI RUPA

Jika masih sayang perabot dan kelengkapan rumah yang lama, boleh perbaharukan rupa atau tukar fungsi dan lokasi kedudukannya. Contohnya, almari laci di depan pintu masuk, dipindahkan ke satu ruang baru dipanggil ruang dressing. Barang yang lusuh, di cat semula. Yang terbuka boleh ditutupkan. Seperti dapur di dalam gambar, kami pasangkan langsir bermata ikan.

11. BARANG

Semestinya rumah yang melebihi 10 tahun akan mengalami barang yang banyak. Ada yang disimpan sejak anak kecil lagi. Ada sentimental value. Tetapi menurut kajian, barang yang tidak disentuh melebihi 6 bulan, bererti ia tidak diperlukan lagi. Jadi boleh buat garage sale, car boot sale, atau boleh sedekahkan pada rumah kebajikan dan juga saudara mara.

Hanya barang yang elok rupa saja diletakkan sebagai hiasan luar dari kabinet atau tirai tempat simpan barang. Yang lain sediakan rumahnya di tempat bertutup.

Rumah kelihatan kemas apabila barang-barang disimpan di tempat tertutup. Boleh diy seperti projek dapur, kami gunakan langsir saja di bawah dapur memasak. Jika ada tabungan lebih nanti, boleh buat kabinet pula.

Sebenarnya banyak lagi saya nak kongsikan. Insyaallah saya akan kongsikan lagi dari masa ke semasa. Rasakan kelainan hidup dan peribadi ahli keluarga setelah makeover dilakukan di rumah kita.

Oh ya, tempat-tempat shopping dekor dekor cinta saya ialah:

  • House of lighting, puchong (Lampu/kipas)
  • IKEA (Kabinet/ Storage)
  • Home Pro (Cat /tirai /perabor/ kusyen)
  • Kaison ( Painting, artificial plant, kusyen)
  • Nilai 3 (Langsir, karpet)

Ada juga yang kami DIY sendiri.

Doakan satu hari nanti #Mommydaddydecor boleh ada satu bangunan khas untuk kelengkapan dekor-dekor cinta. Bolehlah kalian datang ke sini nanti jumpa mommy daddy ūüėć.

Nantikan buku saya bakal terbit bulan April 2019 nanti di bawah terbitan galeri ilmu bertajuk: DEKOR DEKOR CINTA

Siapa yang mahu buku ini?
Insyallah saya akan umumkan kelahiran buku ini setelah ia keluar dari rumah percetakkan.

Sampai sini dulu.
Insyaallah nanti akan ada perkongsian yang lain pula. Tunggu makeover seterusnya. Di mana pula, ya?

Jika sudi, boleh like, share dan follow see first. Moga membawa manfaat dan kebaikkan bersama.

Selamat mencuba !


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *