Kalau kaki anda selalu lenguh, cuba 7 tips di rumah supaya anda boleh tidur lena

Ramai orang pasti pernah rasa lenguh-lenguh di kaki. Biasanya lenguh kaki disebabkan terlalu banyak kerja, melakukan aktiviti tanpa henti, kurang tidur, kurang zat, terdapat darrah tersumbat dan sebagainya. Yang paling popular sebab pusing 1 mall tanpa sedar, balik rumah nak tidur baru terasa lenguh-lenguh kaki sampai tak dapat tidur lena.

Kan? hehe

Selain itu, penyebab paling umum dari kaki lenguh atau kaki yang saket adalah berpunca dari perjalanan darrah yang tidak lancar di bahagian artri kaki. Penyebab lain, mungkin juga kerana otot kaki tegang dan otot betis pula meregang secara berlebihan. Berdiri terlalu lama membuatkan tekanan tertumpu pada otot-otot di belakang kaki, terutama apabila anda memakai kasut tumit tinggi.

Akhirnya efeknya lenguh kaki anda akan menjadi semakin terasa.

Jadi, apakah cara terbaik untuk mengatasi masalah lenguh kaki ini? Kami berkongsi tips agar rasa lenguh-lenguh di kaki anda akan hilang dan paling penting, tips ini anda boleh melakukannya sendiri di rumah mengikut kemampuan anda.

Berikut cara menghilangkan lenguh di kaki:

#Urut – Anda dapat memulakannya dengan memicit-micit atau mengurut-urut betis untuk membantu melancarkan kembali peredaran darrah. Gunakan body lotion, body oil atau minyak urut agar lebih mudah mengurutnya.

#Rendam – Ambil semangkuk air suam air. Tambahkan satu senduk garam biasa ataupun garam bukit ke dalam air. Rendam kaki anda selama 15-20 minit.

#Gerakkan – Jika kesaketan tersebut sangat mencengkm seperti kebas lakukan gerakan seperti menggali dengan jari anda pada bahagian yang saket. Kemudian tahan selama 15-20 saat. Setelah kesaketan sedikit lega, regangkan otot-otot kaki anda secara perlahan.

#Minuman – Ada beberapa campuran minuman yang dapat membantu meredakan rasa saket dan lenguh dirasakan itu. Cuba minum campuran madu dan jus lemon dalam secawan air suam atau anda juga boleh mencuba satu sudu makan minyak ikan dengan segelas jus limau sebelum tidur.

#Tuam – Gunakan ais yang telah dibungkus dalam plastik dan bungkus dengan tuala, kemudian tuam pada sendi serta mengelilingi lutut 10-15 minit. Pastikan kaki anda berada dalam kedudukan di tempat yang lebih tinggi.

#Tinggi – Tidurlah dengan kedudukan kaki yang lebih tinggi. Gunakan bantal untuk menopang kaki anda. darrah akan mengalir dan tidak berkumpul di bahagian kaki.

#Lumur – Petua ni menggunakan beberapa ulas halia muda dan bawang putih. Halia dan bawang tu dibuang kulitnya dan ditumbok hingga lumat (hancor). Biar sampai sedikit berair. Lepas tu ramuan tu ditampal dan lumur pada bahagian kaki yang berasa lenguh. Sebaiknya lumur pada sebelah malam dan biarkan semalaman. Keesokannya bersihkan dan kemudian sapukan pula sedikit minyak zaitun. Dikatakan sekiranya diamalkan setiap hari selama seminggu, pasti rasa lenguh-lenguh kaki tu hilang. Cubalah…

Info Ekstra:

Pastikan kaki anda mendapatkan rehat yang secukupnya agar tidak kepenatan. Hindari penggunaan kasut tumit tinggi ketika kaki anda berasa lenguh. Jika terpaksa memakainya, gunakan kasut bertumit rendah. Di samping itu,sebelum memulakan aktiviti seharian, anda disarankan melakukan regangan terlebih dahulu agar otot-otot tubuh tidak ‘terkejut’.

Sumber : petua ibu via soyalemon


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*