23 teka-teki dari zaman kita kecik sampai ke besar. Masih ‘evergreen’. Boleh jawab ?

Inilah teka-tekinya … cuba jawab ya !

#1. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua?

Berikan jawapan dengan sebab sekali.

Jawapan: Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.

#2. Sebab apa siput babi jalan lambat?

Jawapan: Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.

#3. Sukan apa selepas main kita tabik?

Jawapan : Golf

#4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua?

Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.

#5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan?

Jawapan : Kuching, Sarawak.

#6. Kuda apa yang tiada kaki?

Jawapan : Kuda kepang

#7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik.

Jawapan : Stokin

#8. Binatang apa yang kurang ajar?

Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.

Teruskan Selongkar…

#9. Ikan apa yang paling rajin?

Jawapan : Ikan bandaraya sebab suka cuci cermin akuarium.

#10. Pokok apa yang suka berkahwin?

Jawapan : Pokok pinang

#11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak?

Jawapan : Buah Melaka

#12. Binatang apa yang selalu penat?

Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.

#13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta?

Jawapan : Teksi

#14. Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam?

Jawapan : Bunga tayar

#15. Kenapa orang gali kubur tak pakai spender

Jawapan : Apa kes nak pakai spender, Pakai cangkul

#16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula?

Jawapan : Patah balik

#17. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja?

Jawapan : Donut, Kuih keria

#18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan : Penguin

#19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?

Jawapan : Ayam jadi banyak

#20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?

Jawapan : Kereta kabel

#21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja?

Jawapan : Udang iaitu U dan G

#22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki?

Jawapan : Baju

#23. Permainan apa yang paling berat sekali

Jawapan : catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebaginya)

Berapa banyak korang dapat jawab ? Cer komen !

Sumber : limaumanis


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*