Jom try resepi ‘Meatball Ala-ala IKEEA’. Senang je nk buat. Boleh makan banyak-banyak.

RESEPI HOME MADE MEATBALL ALA-ALA IKEA

Bahan-bahan:

  • 500 gm daging kisar
  • 1/2 biji bwg besar – cincang halus (*)
  • 1 sudu makan butter. (*)
  • 3/4 sudu teh lada hitam- powder
  • 1 sudu teh kryddpeppar@ mixed spices
  • 1/3 sudu teh serbuk kayu manis- saya tambah
  • 1/3 sudu teh gula
  • 1-1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan bread crumb- blend halus
  • 30 ml fresh milk.
    1 biji telur ‘c’- saya tak guna tapi kalau nak boleh masukan.

Cara-cara :

1. Tumis yg bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2. satukan bahan2 selebihnya dan sebatikan rata. masuk bawang tadi sekali dengan butter, uli lagi sebati dan bulat-bulatkan ikut besar mana yang kalian suka.
3. guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik-balikkan sekejap hingga masak.

p/s .- butter dalam pan jangan di buang, boleh digunakan untuk membuat sos.

Bahan-bahan untuk sos Gravy:

  • butter sos lepas masak meatball.
  • 2 cawan chicken stok
  • 2 cawan whipping krim (*)
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 ketul kiub ayam
  • lada hitam sikit – powder
  • 1/2-1 sudu makan tepung kentang bancuh dengan air sikit utk memekat
  • garam/gula- tambahan kalau kurang rasa

Cara-cara:

1. satukan semua bahan kecuali yg bertanda (*) dan bancuhan tepung kentang.
2. didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). didihkan lagi dalam seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit demi sedikit dan jangan terlalu pekat.

Hidangan sampingan – lingon jem dan kentang. Boleh juga diganti dengan mix fruits jem.

Klik untuk tonton video cara buat –>> Tonton Video

Sumber : FB Resepi Kek


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*