22 tahun menyewa. Wanita ini deco rumah kayu dgn konsep Inggeris. Mmg cantik !

Rata-rata pemilik rumah sewa kini tidak berminat nak menghias kediaman mereka kerana beranggapan rumah itu bukan milik mereka dan mungkin hanya tinggal sekejap saja disitu jadi tak perlu membazir wang nak deko pun. Tapi sedarkah anda, rumah kita melambangkan keperibadian kita. Kalau rumah tak selesa dan kusam, apa pula orang akan fikir tentang tuan rumah tersebut nanti?

Lihat sahaja perkongsian fb daripada Kasih Abadi ini, siapa menduga dekorasi indah kediaman tersebut adalah merupakan sebuah rumah kayu yang dihias sempurna dengan konsep Inggeris. Ingin mengenali keluarga ini, ayuh baca perkongsian penuh daripada Puan Fazilawati.

“Saya tinggal di sini bersama suami dan 3 orang anak. Rumah yang disewa oleh kami anak beranak ini rupanya diam tak diam, 22 tahun lamanya.Bermula tahun 1997, dari sewa RM180 sebulan hinggalah sekarang menjadi RM500, dari berdua hinggalah berlima, apa yang pasti di sinilah syurga kami anak beranak.”

Nyata rumah kayu yang disewa oleh puan Fazilawati Besah bersama keluarganya ini mampu mencuri tumpuan. Cantik dan rapi terhias indah dengan konsep Inggeris yang ringkas sekali gus memberikan suasana kediaman yang cukup selesa buat lima beranak ini.

Rumah Kampung Dalam Bandar

Kami pilih rumah sewa ni sebab lokasinya cukup strategik, ia terletak di tengah-tengah bandar. Pertama kali masuk rumah ini dulu, apa yang kami ada adalah hanya almari tv dan peti ais sahaja. Kemudian adalah sikit-sikit kelengkapan dapur yang asas.

Kemas …

Keadaan dapur terkini

Ruang tamu pula tiada perabot, maklumlah baru hendak mulakan hiduplah katakan. Perlahan-lahan, saya cuba cantikkan rumah ini. Rail langsir pun saya pasang sendiri, suami pergi kerja, saya memanjat pasang railing. Sebab rumah papan senang la nak pasang. Bila suami balik kerja, tengok rumah sudah dipasang langsir.

Cat pun saya buat sendiri. Jarang minta tolong suami. Bukan sebab apa, saya rasa lebih puas kalau buat sendiri. Rumah ini masa mula-mula masuk warna krim. Lama juga kekal dengan warna itu. Kemudian tukar warna oren dan kuning. Kekal lama juga dan yang terbaru hingga sekarang warna biru muda. Senang cakap dalam hal mengecat, suami sumbang tenaga cat siling rumah sahaja.

Cantiknya …

Konsep

Menyentuh tentang konsep, ibu kepada tiga orang cahayamata ini diberi kuasa penuh oleh suaminya untuk merencana ruangn kediaman mengikut kreativiti peribadi.

“Menghias rumah ini memang saya yang tentukan. Suami dan anak-anak ok saja. Jiwa saya sukakan yang cantik dan tenang dan ini mempengaruhi gaya dekorasi yang saya terapkan untuk rumah kami.

Tip Rumah Terurus Rapi

Tidak ada apa-apa tip istimewa pun daripada saya, cuma apa-apa pun kalau hendak rumah kita terlihat kemas dan rapi, rahsianya kena rajin. Mungkin satu tip yang boleh saya kongsikan untuk penjagaan rumah papan, kadang-kadang saya akan lap dinding rumah dengan air sabun untuk nampk cat kembali cantik. Umur pun sudah meningkat, tidak larat sangat nak buat tapi masih juga buat perlahan-lahan.

  • Sumber asal : Kasih Abadi, kredit : keluarga
  • Sumber 2 : cokelahputih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*