‘Kalau berani, jumpa lah bakal mertua’. Inilah tanda besar si dia betul² serius dgn kita

Lelaki ramainya rasa gugup apabila mahu berjumpa dengan bakal mentua. Rasa gugup disebabkan, risau jika mentua suka atau tidak dengan dirinya sendiri. Atas semua itu, janganlah kerisauan menjadi isu. Jika anda berkelakuan baik dan benar-benar ikhlas untuk memperisterikan kekasih anda, pastinya bakal menantu akan menerima diri anda.

Berikut ini adalah beberapa tips berguna buat anda untuk mengurangkan rasa kegugupan dalam jiwa anda. Pertama Beradab dan santun. Mahu berjumpa dengan bakal mentua, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dan juga sopan. Jangan melawat rumah mentua dengan hanya memakai seluar pendek. Selebihnya, biarlah bakal mentua menjemput anda masuk ke rumah.

Anda boleh memakai pakaian yang sesuai seperti baju kemeja atau t-shirt berkolar dan padankan dengan seluar panjang atau jeans. Lelaki ramainya rasa gugup apabila mahuberjumpa dengan bakal mentua. Rasa gugup disebabkan, risau jika mentua suka atau tidak dengan dirinya sendiri. Atas semua itu, janganlah kerisauan menjadi isu.

Jika anda berkelakuan baik dan benar-benar ikhlas untuk memperisterikan kekasih anda, pastinya bakal menantu akan menerima diri anda. Kedua Ketahui minat dan hobi bakal bapa mentua. Ini adalah satu perkara anda perlu ketahui dari bakal isteri anda. Mungkin bakal mentua meminati sukan seperti bola sepak atau badminton, cubalah membuka topik ini untuk memudahkan mencipta perbualan.

Ketiga Jadi diri sendiri. Ketahuilah, setiap lelaki pasti bimbang apabila pertama kali bertemu bakal mentua, tetapi jangan pula sampai tidak bercakap atau cuba membuat cerita bukan-bukan tentang latar belakang diri anda untuk memberi impresi yang baik kepadanya. Keempat ialah bersikap Rasional dan matang.

Jika anda menjawab soalan yang diberikan oleh bakal mentua, jawablah dengan teliti dan jangan pula berseloroh berjenaka atau bermain-main. Dia masih tidak mengenali diri anda dan bukanlah kawan baiknya. Bersikap matang dan berikan jawapan yang rasional. Sumber dari aliffchannel. Bagi yang rasa nervous itu, pastinya bakal jumpa mertua buat pertama kali. Sudah tentu dada rasa berdebar.

“Dup.. dap…. dup…. dap”. Ada yang lebih teruk, siap tidak boleh tidur malam kerana terlalu takut memikirkan perkara ini. Takut jika mertua tidak boleh terima diri ini seadanya. Semua orang tahu, perkahwinan adalah sesuatu yang indah. Namun sebelum mendirikan sesebuah masjid, perlu ada cara dan langkah yang tertib demi menjamin kebahagiaan yang berkekalan.

Ini juga sebagai memohon restu daripada keluarga mentua agar mendapat keizinan mereka dalam menjalin kemesraan antara dua pihak. Apa yang penting adalah niat anda yang suci dan murni dalam menambat hati pihak mentua. Banyakkan berdoa sebelum pertemuan dan biarkan proses pertemuan berjalan secara semula jadi dan lancar. Jikalau anda sentiasa tenang dan relaks dalam setiap situasi, pasti pihak mentua akan yakin dengan anda sebagai menantunya.

Sumber : cokelahputih


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*