7 amalan zikir & doa yang Insya-Allah mampu bantu buka rezeki anda seluas-luasnya

Inginkan Rezeki Melimpah Ruah Amalkan Zikir Ini

“Aku ni belum berkahwin, tapi gaji tak pernah cukup..tak boleh nak menyimpan, orang lain tu dah ada anak bini tapi rezeki tak pernah putus..”

Pernah tak anda terfikir kenapa duit anda sentiasa tak cukup? Kalau ada lebih pun mesti ada saja perkara yang berlaku yang memerlukan anda untuk mengeluarkan duit. Nak menyimpan setiap bulan mesti tak berkesempatan. Kenapa orang lain boleh je menyimpan, boleh pergi bercuti, pendek kata rezeki mereka tak pernah putus.

Rezeki bukanlah sekadar wang ringgit semata-mata, namun kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, bebas hutang juga turut dianggap rezeki. Bagi yang beragama Islam, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian rezeki oleh-Nya. Selain rasa syukur, kita juga perlu mengamalkan amalan-amalan zikir yang diamalkan oleh Rasulullah. Sebenarnya, terdapat beberapa jenis zikir yang mujarab untuk membuka pintu rezeki kita seluasnya.

ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI YANG PERLU DIAMALKAN SETIAP HARI

1. ZIKIR: LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH

  • Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.

Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani) Jadi, sentiasalah ‘ringan bibir’ melafazkan zikir ini setiap hari sebanyaknya. Sambil bekerja, sambil berzikir. Sambil melayan media sosial anda juga boleh berzikir!

2. ZIKIR: LA ILAHA ILALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN

  • Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata. Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. ZIKIR: SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL ‘ADZIIM

  • Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci yang Maha Agung. Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. MEMBACA SURAH AL-IKHLAS

  • Bacalah surah Al-Ikhlas ini setiap kali anda ingin masuk ke dalam rumah. Menurut riwayat HR. At-Tabrani, barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.

5. SELAWAT KE ATAS NABI

  • Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat. Jadi, banyakkanlah berselawat ke atas Nabi dengan jadikannya sebagai rutin setiap hari.

6. SENTIASA BERISTIGHFAR

  • Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

7. SETIAP HARI BACA DOA MURAH REZEKI

Ya Allah, Berikanlah kepada kami rezeki yang luas, Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Ya Allah, Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah, Jika ada di bumi maka keluarkanlah, Jika jauh maka dekatkanlah, Jika dekat maka mudahkanlah, Jika, sedikit maka banyakkanlah, Jika banyak maka berkatilah, Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.

Ya Allah, Kabulkanlah doa kami, Amin Ya Robbal ‘Alamin.

Selamat beramal.

Sumber : majalahperdana


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *