7 bhgn badan yg jadi tempat lemak ‘berkumpul’. Ini cara berkesan nak singkirkannya

Lemak Paling Suka Berkumpul Di 7 Bahagian Ini. Begini Cara Berkesan Singkirkannya

Ramai yang mengeluh ada lengan yang menggelebeh dan perut buncit yang sukar untuk dihilangkan. Lemak-lemak ini pasti mengganggu penampilan anda sehingga ia sukar untuk disorokkan.

Mesti anda tertanya-tanya kenapa lemak hanya berkumpul di bahagian tertentu sahaja kan? Jom ketahui 6 bahagian paling banyak berkumpulnya lemak dan cara singkirkannya menurut Doktor Kosmetologi di The Private Clinic of Harley Street, Inggeris, Dr Dennis Wolf.

1. Lengan


Punca : Kurang bersenam dan faktor penuaan. Ini menyebabkan kulit hilang keanjalan dan tubuh mula mengumpul lemak sehingga lengan menggelebeh.

Cara untuk singkirkannya:
1. Lakukan olahraga dan latihan kecergasan secara konsisten.

2. Lemak sekitar pinggul


Punca : Lemak ini berkumpul akibat pengambilan gula secara berlebihan. Timbunan lemak pada bahagian ini biasanya terjadi kerana tubuh mengalami resistensi insulin sehingga membentuk lemak di sekeliling pinggang dan pinggul.

Cara untuk singkirkannya:
1. Lakukan senaman aerobik, berjalan, berlari atau berenang sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.
2. Kurangkan pengambilan gula.
3. Lakukan olahraga secara teratur.

3. Lemak pada punggung


Punca: Tekanan, depresi dan juga kerisauan yang melampau (bahasa saintifiknya anxiety).

Cara untuk singkirkannya :
1. Elakkan rasa stres dan belajar untuk relaks. Hormon stres membuatkan lemak terkumpul pada bahagian perut, jadi adalah lebih baik kalau korang buat medisasi atau buat senaman pernafasan.
2. Minum teh hijau. Tapi bukan teh hijau yang bercampur susu. Teh hijau herba adalah cara terbaik untuk bertenang apabila korang memerlukannya.

4. Lemak di bahagian paha dan ke bawah

Punca : Salah satu punca kenapa paha anda besar adalah disebabkan lebihan gluten didalam diet.

Cara untuk singkirkannya:
1. Berjalan turun naik tangga. Aktiviti tersebut boleh membakar lemak yang terkumpul pada bahagian paha anda.
2. Jangan skip sarapan pagi. Kalau anda tidak mengambil sarapan pagi, anda akan rasa sangat lapar apabila sampai waktu tengahari atau petang anda akan makan lebih banyak.

5. Perut


Punca : Penimbunan lemak di perut terjadi ketika berlakunya peningkatan kortisol yang tinggi. Kortisol merupakan hormon yang terlibat dalam respons stres dan meningkatkan tekanan darah serta kadar gula darah. Stres adalah salah satu penyebab utama tingginya sekresi kortisol. Ketika ini terjadi, kortisol akan memecahkan otot dan memasukkannya ke dalam penyimpanan lemak di daerah perut. Stres akan menjadi lebih parah apabila anda mengambil pola pemakanan yang salah.

Cara untuk singkirkannya:
1. Untuk menyikirkan lemak di perut, anda perlukan 80% diet sihat. Kurangkan pengambilan kalori dengan mengambil makanan yang kaya dengan protein, sayur-sayuran, bijian dan menggantikan kebiasaan buruk makan makanan kecil dengan makanan yang lebih sihat.
2. Pengambilan vitamin C juga penting dalam membantu menyeimbangkan lonjakan kortisol pada tubuh anda.
3. Paling penting lakukan latihan kardiovaskular yang mempercepatkan denyutan jantung sehingga kalori lebih banyak terbakar seperti joging, senam aerobik atau muay thai.

6. Lemak pada bahagian kaki


Punca : Masalah ini sering dihadapi oleh perempuan yang mempunyai masalah urat atau sewaktu mengandung, apabila ketika itu kaki mereka membengkak.

Cara untuk singkirkannya:
1. Kurangkan makanan masin kerana makanan masin boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan.
2. Jangan duduk tanpa sebarang gerakan untuk lebih 30 minit. Cuba untuk berdiri dan berjalan secara kerap.

7. Dagu

Punca: Lemak di dagu biasanya disebabkan oleh faktor genetik dan penuaan. Seiring dengan penambahan usia, kulit akan kehilangan keanjalan dan otot sehingga ia menurun dan kendur. Dagu yang berlipat menjadi semakin jelas jika anda mengambil terlalu banyak makanan berlemak.

Cara untuk singkirkannya:
1. Lakukan olahraga.
2. Amalkan diet yang sihat untuk menghilangkan lemak berlebihan. Diet sihat yang rendah kalori merupakan cara yang cukup efektif.
3. Kurang pengambilan makanan olahan terutamanya yang tinggi kadar gula

Sumber : karteldakwah


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*