Resepi ‘Roti Bakar Telur Goyang’ ngam² punya. Boleh bikin suami ngopi di rumah

Ramai ingat nak buat telur separuh masak ngam-ngam senang je. Guna bekas buat telur separuh masak yang ada sukatan tu. Tapi, tahukah anda bekas tu lama kelamaan akan rosak. Tidak perlu risau, resepi yang kami kongsi ni ngam-ngam je tak perlu bekas tersebut. Jom kita tengok resepi roti bakar telur goyang @ telur separuh masak ini.

Bahan-bahan nya :

  1. Roti putih
  2. 2 biji telur
  3. Kicap cair/pekat
  4. Sebuk lada sulah
  5. Marjerin

Cara-cara nya :

  1. Panaskan air di dalam periuk dan biarkan ianya masak hingga mendidih
  2. Sementara menunggu air mendidih, bakar roti 2 keping roti
  3. Bakar roti di atas kuali leper, sebelum dibakar sapu dahulu sedikit marjerin
  4. Bakar dengan api yang sederhana dalam 2 minit atau sehingga garing sambil dibalik-balikkan roti
  5. Apabila air telah mendidih, matikan api dan masukkan telur yang telah dibersihkan
  6. Rendamkan telur tadi lebih kurang 2 ke 3 minit 3 – 3 minit dapat macak dalam gambar
  7. Angkat telur dan ketepikan
  8. Sapukan roti yang telah dibakar tadi dengan marjerin
  9. Kemudian pecahkan telur separuh masak tadi ke atas roti bakar
  10. Hidangkan bersama serbuk lada sulah dan kicap cair/pekat
  11. Siap

Selamat mencuba resepi mudah ini. Sedap dibuat sarapan pagi

Sumber : resepiyangindah


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *