Jom try ! 3 tips mudah ini Insya-Allah mampu kurangkan rasa haus masa kita puasa

Minum banyak air putih pada bulan puasa membantu mengurangkan rasa dahaga.

KETIKA berpuasa tubuh tidak mendapat makanan dan minuman selama lebih kurang 14 jam.Bagi sesetengah orang, menahan lapar ketika puasa terasa lebih mudah berbanding menahan dahaga.Apatah lagi rasa haus akan lebih mudah terasa jika banyak aktiviti dilakukan dari pagi sampai ke petang.Agar puasa tidak terganggu dan rasa haus dapat dikurangkan, anda bolehlah mencuba tip ini yang dapat dilakukan ketika sahur.#1. Minum menjelang imsak

Minumlah banyak air putih ketika sahur

Perbanyakkan minum air putih menjelang waktu imsak. Dengan ini, tubuh dapat menyimpan air dalam jangka masa yang lebih lama.

Usahakan juga minum segelas air putih sebelum makan sahur.

#2. Makan buah

Buah tembikai bukan sahaja sedap tapi mempunyai banyak air.

Salah satu cara mudah untuk mencegah rasa dahaga ketika puasa adalah dengan banyak mengambil buah-buahan. Air dalam badan tidak semestinya diperolehi dengan minum air putih, namun buah-buahan juga adalah satu sumber air untuk tubuh.

Tembikai, strawberi, anggur dan melon mengandungi sekitar 90 hingga 92 peratus air. Buah peach, raspberi, nanas, aprikot dan blueberi mengandungi sekitar 85 hingga 89 peratus air.

Buah-buahan ini boleh dimakan dalam keadaan segar atau dibuat jus untuk waktu sahur. Jadilah lebih kreatif! Anda juga boleh campurkan beberapa jenis buah untuk menghasilkan salad yang enak.

#3. Yogurt

Selain air, yogurt juga mempunyai banyak khasiat. -foto Shutterstock

Tahukah anda bahawa yogurt mengandung sekitar 85 peratus air? Tidak hanya menjadi sumber cecair untuk tubuh, kandungan yogurt yang memiliki banyak nutrisi, kalsium dan protein sangat baik untuk anda yang sedang berpuasa.

Anda boleh tambah buah-buahan ke dalam yogurt untuk mendapatkan air yang lebih banyak ketika bersahur.

Semoga bermanfaat !

Sumber : mstar


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*