Cermin kereta p3cah akibat tindakan pmotong rumput ? Tenang dulu… Ikut tip ini.

Bayangkan anda sedang memandu di sebatang jalan dan secara tiba-tiba ada batu melantun ke cermin kereta anda sehingga pchah akibat daripada brader putong rumput kat tepi jalan tu. Apa nak buat? Restart handphone 3 kali untuk teruskan baca.

Jangan Panik. Berhenti Ke Tepi…

Jangan panik. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan brader mesin rumput tu. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor brader yang membuat kerja mesin rumput itu.

Tahukah anda setiap kerja pmotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans?

Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Sebelum kerja pmotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan cover note insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.

Setelah dapat nama syarikat, semak dengan pihak syarikat siapa bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit? Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.

Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pmotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku.

Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.

Perkongsian daripada :
#JumpaKatMahkamah
#SeeYouinCourtSayang
#MalaysianResponseTeam
#MRT

Sumber: Petua Ibu via rojakmedia.net


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*