Cara buat ‘Air Soda Herbs’. Kedai makan mahal-mahal je ada ni. Jom buat sendiri

Soda Herb sedapnya.. segar dan nyaman..

Sedap rupanya air ni…

Padanlah ramai yang mencuba di group Masak Apa Hari Ni dan rata-rata katakan air ini sedap!

Memang terliur ita di buatnya bila ramai rakan-rakan yang telah mencuba. Dah tak tertahan-tahan. Akhirnya hari ini dapatlah ita melempiaskan hajat yang dah lama terbuku.. dan menjeruk rasa melihat kesegaran air soda rakan-rakan.

Terima kasih ya kerana sudi berkongsi idea, berkongsi resepi semoga perkongsian ini memberikan keberkatan untuk kita semua

Apa rasa air ini ya?
Sedap ke?

Air ini di katakan di jual dengan mahal di restoran. Ada yang menyatakan hampir RM 10.00 untuk satu gelas.. ya ampun… memang mahal.. bagi keluarga yang ramai, memanglah fikir dua tiga kali mak ayah, kalau nak beli untuk anak-anak.

Tak pe.. jangan risau.. anda dah boleh buat sendiri. Mudah aje cara membuatnya yang penting ada bahan yang lengkap dan sedikit kerajinan.

Jangan tak tahu.. air ini banyak di jual di Istagram tau! di botolkan cantik-cantik dan di jual secara online. Macam-macam kan idea untuk tambah pendapatan.

Rasanya masam-masam soda dan segar rasa pudina. Memang enak bagi mereka yang gemarkan minuman masam. Serai tu memyeimbangkan rasanya. Kalau peram lama lagi kuat rasa pudina dan asam boi. Suami ita lah paling suka, kebetulan dia memang suka masam-masam.

Tapi anak ita Azrul tak suka.. dah agak dah.. sebab Azrul memang tak suka makanan atau minuman yang masam.

Ada yang tanya boleh ke ibu mengandung minum air ni. Setelah ita menikmatinya… bagi ita boleh jika teringin sangat nak rasa, kesian kat baby dalam perut tu.. tapi jangan minum bayak lah.. dan ita cadangkan setelah semua bahan di campur terus minum, jangan di peram pulak nanti lagi masam rasanya. Tapi bagi mereka yang baru lepas bersalin ita tak galakkan minum ya.. rasa macam tak berapa sesuai.. tunggu sampai habis pantang 100 hari barulah boleh kalau nak merasa

Kepada yang nak mencuba.. jom apa tunggu lagi

SODA HERB
Rujukkan dari : teman-teman di group Masak Apa Hari Ni

  • 1 botol air aiscream soda ~ botol besar
  • 1 tin laychee ~ ambil buahnya sahaja kalau nak guna longan pun boleh
  • 2 batang serai ~ di titik
  • daun pudina ~ terpulang nak letak banyak mana
  • 1 biji lemon ~ di hiris nipis
  • 5 biji asam boi putih
  • ketulan ais secukupnya

  • Mula-mula kita cuci semua bahan bersih
  • Hiriskan lemon nipis-nipis
  • Sediakan bekas yang bersesuaian
  • Letakkan daun pudina secukupnya
  • Kemudian masukkan lemon yang telah di hiris
  • Dan di ikuti asam boi putih

  • Kemudian masukkan buah laychee atau longan
  • Tuangkan air aiscream soda secukupnya
  • Letakkan ketulan ais jika suka
  • Dan akhir sekali masukkan serai yang telah di titik perdunya
  • Sedia di nikmati

Sedap …

 Segarnya….

Jom buat.

Sumber : norazlitaaziz


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*