Resipi ‘Dendeng’ Guna 1Kg Daging Jer ! Kompem Satu Keluarga Makan Bertambah

DAGING DENDENG

BAHAN-BAHAN:

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang merah – lebih lagi sedap
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 3 batang serai – lebih lagi sedap
  • 3 senduk besar lada kisar
  • 1/2 mangkuk kicap – untuk perap bersama daging
  • 2 senduk kicap lemak manis
  • 1 kg daging – hirys
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Perap daging bersama 1/2 mangkuk kicap.

2. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai. Tumis hingga naik bau.

contoh bahan untuk masak 3 kg daging dendeng

3. Seterusnya masukkan lada kiysar. Masak hingga sedikit garing.

4. Masukkan daging yang telah diperap dengan kicap tadi. Biarkan daging dengan ap i kecil @ sederhana dan kacau sentiasa agar tidak hangos di bahagian bawah. Jika kurang rasa, tambahkan kicap.

5. Masak hingga daging menjadi kering. Angkat dan hidangkan.


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*