Anak kerap menangis & kembung perut. Ini cara ikhtiar guna Air + Garam

Bayi memang suka menangis.Hal ini kerana bayi masih kecil masih belum boleh bercakap. Dengan cara menangis ia dapat menarik perhatian ibu bapa untuk memahami kehendak mereka. Kadang-kala ibu bapa sudah cuba untuk memahami apa yang dikehendaki oleh si bayi,tetapi masih tidak berhenti menangis. Susu sudah diberikan,lampin sudah di tukar,kipas sudah dipasangkan jika waktu itu panas, namun tetap menangis.

Bila menangis tak berhenti-henti ni ibu bapa mula lah risau. Lagi-lagi kalau sepanjang malam menangis,mahu rabak juga mata sebab berjaga menahan ngantuk. Tetapi jangan risau, boleh ikhtiar dengan cara yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin Al Banjari, Pusat Perubatan Islam Al Mujahidin. Semoga bermanfaat.

“RAMAI BERTANYA SAYA BALIK MACAM MANA CARA MUDAH AYAT UNTUK PENAWAR BABY NANGIS MALAM, BABY KEMBUNG PERUT, SUSAH TIDUR MALAM, KERAP MIMPI TIDAK ELOK, KERAP GELISAH TANPA SEBAB, KERAP SAKIT KEPALA.. BOLEH AMALKAN CARA DI BAWAH.”

Ikhtiarkan Petua Elak Anak Menangis Malam

Cara ini jika diamalkan juga dapat mengelakkan gangguan makhluk halus.

Ambil Air suam segelas kemudian ambil secubit garam letakkan di dalam air suam tersebut
Baca Al Fatihah – 1x
Selawat Syifa – 3x

Al ikhlas – 3x
Kemudian baca “Laa Haula Walaa Quwwata illa Billaah”

Selesai baca di atas lalu minum air tersebut.

Panduan Tambahan

√    Jika baby demam berbalik-balik dan nangis malam, selesai baca di atas sapukan air suam tersebut di seluruh badan. Terutama sapu di muka baby dan belakang baby.

√    Izin Allah inshaaAllah baby anda akan berhenti tangisannya. Jika demam izin Allah akan kebah demam nya.

√    Manakala jika kita ada gangguan dalam badan, sebaik selesai minum air tersebut, jika gangguan ada dalam badan, kita akan sedawa selepas minum, kita akan rasa loya nak muntah,p erut kembung tak selesa, tengkuk belakang belikat rasa lenguh dan berat.

√    Seandainya diamalkan berterusan setiap hari buat dengan yakin, inshaAllah izin Allah gangguan di dalam badan kita akan sembuh.

√    Jika tak sembuh cari lah perawat Islam berhampiran anda inshaaAllah mereka akan membantu anda..

√    Ibu yang sedang hamil elok amalkan juga minum setiap kali sebelum tidur.

Moga cara mudah ini bermanfaat untuk kalian semua ishaaAllah Aamiin

Sumber : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

Bayi dan tangisan berpisah tiada. Itu perkara normal. Ada pelbagai jenis tangisan bayi. bagi ibu bapa yang baru mempunyai anak pasti akan mengambil masa untuk mengenalpasti atas sebab apa bayi mereka menangis. Ayuh ikuti jenis-jenis tangisan bayi.

Tumbuh Gigi Susu

Apabila usia bayi mula mencecah 5 bulan ke atas, proses penumbuhan gigi akan bermula. Si bayi akan menangis kerana tak selesa pada gusi yang mana kadangkala gatal-gatal. Si kecil akan mengigit jari jari halusnya atau seakan mengunyah sesuatu. Oleh yang demikian, berikan meraka menghisap sesuatu seperti ‘teether’.

Lapar

Bayi tidak tahu bercakap, maka bayi akan menangis menandakan dia lapar. Anda perlu peka dengan cara bayi menangis seperti dia berasa tidak tenang, menangis secara tiba-tiba atau memasukkan jari ke dalam mulut. Perhatikan sentiasa cara bayi anda menangis.

Suhu

Seperti yang dinyatakan di atas, bayi akan menangis kerana bayi tidak tahu bercakap. Keadaan suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk tidak bagus untuk bayi. Bagi persikitaran yang panas, pakaikan bayi baju yang tidak panas seperti singlet atau ‘eyelet’ (boleh dapatkan di www.tateh.com.my). Bayi akan menangis jika berpeluh. Jika berada di rumah, jangan lupa pasang kipas atau penghawa dingin. Harus diingatkan bahawa tidur di penghawa dingin tidak elok unutk kesihatan. Sentiasa pantau bayi anda. Tambahan pula, untuk persekitaran sejuk, pakaikan bayi dengan pakaian sedikit tebal berserta sarung tangan dan stokin.

Perut Kembung

Kembung perut si bayi boleh berlaku apabila si ibu memakan pemakanan yang tidak sihat seperti ais, minuman bergas, sayur yang tidak digalakkan ketika mengandung. Bagaimana nak tahu bayi perut kembung? Bayi akan menangis tanpa henti sambil kakinya diangkat ke perut. Pemakaian stokin dan barut dapat membantu mengurangkan kembung bayi. Sapukan minyak bayi atau minyak telong yang sesuai bagi memudahkan bayi kentut. Tuam perlahan di atas perut bayi sehingga dia rasa selesa.

Lampin Basah

Lampin penuh bayi tidak selesa dan akan menangis cara untuk memaklumkan kepada si ibu untuk menukarnya. Tukar dengan segera bagi mengelakkan ruam. Selain itu, bayi berkemungkinan juga mengalami kegatalan di punggung kerana ruam lampin. Tukar lampin dengan kerap. Sapu krim ruam lampin setiap kali menukar lampin.

Mahu tidur

Bayi mahu tidur jangan anda berikan bayi susu pula. Kenali tangisan bayi ingin tidur. Bayi akan menggaru matanya atau menguap, tanda mahu tidur. Sekiranya bayi anda tidur tidak menggunakan buaian, tepuk-tepuk paha bayi atau usap rambutnya. Jika bayi anda jenis tidur dalam buaian, buaikan bayi dengan alunan zikir juga.

Nak dukung

Bayi sangat suka apabila didukung dan didodoi. Bayi dah pandai minta didukung apabila mencecah lebih kurang 15 hari selepas dilahirkan. Apabila si ibu letak bayi menangis, apabila dukgn dia diam itu tanda bayi mahu tidur secara berdukung. Akan tetapi, jangan terlalu biasakan anak berdukung 24 jam, anda yang stress nanti. Biarkan bayi bebas tidur di atas tilamnya sendiri.

Sumber: tateh.com.my


Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*